Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un bakal temui Putin di Russia

Sep 05, 2023 | 02:35 PM



WASHINGTON: Pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un, merancang mengadakan pertemuan dengan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, bagi membincangkan kemungkinan membekalkan Moscow dengan senjata untuk perang di Ukraine.


Ini kerana Russia sedang berusaha menjalin hubungan ketenteraan yang lebih rapat dengan Korea Utara.

Dalam perjalanan yang jarang berlaku ke luar negara, Encik Kim akan pergi dari Pyongyang, mungkin dengan kereta api berperisai, ke Vladivostok, di pantai Pasifik Russia – tempat pertemuan mereka berdua, lapor agensi berita pada Isnin yang memetik sumber Amerika Syarikat dan sekutunya.

Semasa berada di Vladivostok, sebuah bandar pelabuhan tidak jauh dari Korea Utara, dua pemimpin itu akan membincangkan rancangan Encik Kim untuk menghantar peluru meriam dan peluru berpandu antikereta kebal kepada Russia sebagai pertukaran untuk teknologi canggih Moscow seperti satelit dan kapal selam berkuasa nuklear, lapor media.

Pada masa Amerika melahirkan kebimbangan mengenai hubungan ketenteraan yang semakin meningkat antara dua negara itu, berita mengenai lawatan Encik Kim itu timbul selepas Russia berkata ia berura-ura mengadakan latihan ketenteraan bersama dengan Korea Utara.

“Kenapa tidak? Ia adalah jiran kita. Terdapat pepatah lama Russia: Anda tidak memilih jiran anda dan adalah lebih baik untuk tinggal bersama jiran anda dengan aman dan harmoni,” agensi berita Interfax memetik Menteri Pertahanan Russia, Encik Sergei Shoigu, sebagai berkata demikian pada Isnin.


Ketika ditanya mengenai kemungkinan latihan bersama antara dua negara, beliau berkata ia “sudah tentu” dan sedang dibincangkan, tambahnya.

Agensi berita Korea Selatan Yonhap sebelum ini memetik agensi perisikan Korea Selatan sebagai berkata Encik Shoigu, yang melawat Pyongyang pada Julai, telah mencadangkan kepada Encik Kim supaya negara mereka mengadakan latihan tentera laut bersama China.


Kremlin berkata minggu lalu bahawa Moscow berhasrat untuk memperdalam “hubungan saling hormat-menghormati” dengan Pyongyang, salah satu sekutu Perang Dinginnya yang rapat dan juga salah satu daripada segelintir negara yang menyokong penggabungan beberapa bahagian Ukraine yang diisytiharkan oleh Russia pada 2022. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >