Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemimpin Kurdi isytihar tamat perjuangan bersenjata terhadap Turkey

Jul 9, 2025 | 4:35 PM
Gambar fail bertarikh 1992 ini menunjukkan Abdullah Ocalan, pemimpin Parti Pekerja Kurdistan (PKK), bersama para gerilanya di sebuah kem latihan di kampung Helweh, di Lembah Bekaa, Lebanon, kira-kira dua kilometer dari sempadan Syria. Kem tersebut ditutup pada Mei 1992 selepas rundingan antara Syria dan Turki.
Dalam satu temu bual pada 5 Oktober, Perdana Menteri Turkey ketika itu, Mesut Yilmaz, menggesa Syria supaya menyerahkan Ocalan. Beliau menuduh Syria sebagai “ibu pejabat pengganas Timur Tengah” dan menyokong usaha PKK untuk menubuhkan negara Kurdish di tenggara Turki.
Parti Pekerja Kurdistan (PKK) mengumumkan pada 12 Mei 2025 bahawa ia dibubarkan, sekali gus menamatkan lebih empat dekad perjuangan bersenjata menentang negara Turkey, menurut laporan agensi berita pro-Kurd ANF.
Pengumuman pembubaran PKK itu dibuat sebagai menyahut seruan pengasasnya, Abdullah Ocalan, yang telah dipenjarakan di sebuah pulau berhampiran Istanbul sejak tahun 1999, dan yang menyeru para pejuangnya supaya meletakkan senjata dan membubarkan kumpulan tersebut pada Februari lalu.
Gambar fail bertarikh 1992 ini menunjukkan Abdullah Ocalan, pemimpin Parti Pekerja Kurdistan (PKK), bersama para gerilanya di sebuah kem latihan di kampung Helweh, di Lembah Bekaa, Lebanon, kira-kira dua kilometer dari sempadan Syria. Kem tersebut ditutup pada Mei 1992 selepas rundingan antara Syria dan Turki. Dalam satu temu bual pada 5 Oktober, Perdana Menteri Turkey ketika itu, Mesut Yilmaz, menggesa Syria supaya menyerahkan Ocalan. Beliau menuduh Syria sebagai “ibu pejabat pengganas Timur Tengah” dan menyokong usaha PKK untuk menubuhkan negara Kurdish di tenggara Turki. Parti Pekerja Kurdistan (PKK) mengumumkan pada 12 Mei 2025 bahawa ia dibubarkan, sekali gus menamatkan lebih empat dekad perjuangan bersenjata menentang negara Turkey, menurut laporan agensi berita pro-Kurd ANF. Pengumuman pembubaran PKK itu dibuat sebagai menyahut seruan pengasasnya, Abdullah Ocalan, yang telah dipenjarakan di sebuah pulau berhampiran Istanbul sejak tahun 1999, dan yang menyeru para pejuangnya supaya meletakkan senjata dan membubarkan kumpulan tersebut pada Februari lalu. - Foto AFP

ANKARA: Encik Abdullah Ocalan, pemimpin Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang kini dipenjarakan, muncul dalam satu video dalam talian yang jarang dilihat pada 9 Julai, mengumumkan bahawa perjuangan bersenjata kumpulan itu terhadap Turkey telah berakhir, dan menyeru agar tumpuan sepenuhnya diberikan kepada politik demokratik.

Dalam rakaman berdurasi tujuh minit bertarikh Jun dan dikeluarkan oleh agensi berita Firat, agensi yang rapat dengan PKK, Encik Ocalan menggesa parlimen Turkey menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk memantau perlucutan senjata dan mengurus proses perdamaian yang lebih luas.

PKK, yang telah melancarkan pemberontakan bersenjata terhadap pemerintah Turkey selama 40 tahun dan disenaraikan sebagai organisasi pengganas oleh Turkey, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, telah membuat keputusan untuk membubarkan kumpulan itu pada Mei lalu selepas rayuan bertulis awal daripada Encik Ocalan pada Februari.

“Fasa perjuangan bersenjata telah berakhir. Ini bukan kekalahan, tetapi satu pencapaian bersejarah,” katanya dalam video tersebut, yang merupakan kali pertama sejak beliau dipenjarakan pada tahun 1999 rakaman visual atau suara beliau didedahkan.

“Fasa perjuangan bersenjata kini mesti secara sukarela digantikan dengan fasa politik demokratik dan perundangan,” ujarnya.

Dalam video itu, Encik Ocalan yang duduk memakai kemeja polo berwarna kuning air dan segelas air diletakkan di atas meja di hadapannya, dilihat membaca daripada teks. Beliau dikelilingi oleh enam lagi anggota PKK yang turut dipenjarakan, semuanya merenung terus ke arah kamera. Beliau menyatakan bahawa PKK telah menamatkan agenda pemisahannya.

“Matlamat utama telah dicapai, kewujudan kami kini diiktiraf,” katanya. “Selepas ini, sebarang tindakan hanya akan menjadi pengulangan yang berlebihan dan membawa kepada jalan buntu.”

Encik Ocalan turut menyatakan bahawa Parti DEM yang pro-Kurdish, iaitu parti ketiga terbesar dalam parlimen di Ankara, harus bekerjasama dengan parti-parti politik lain. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg