Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemimpin pembangkang antara calon presiden pilihan raya Turkey

Mar 08, 2023 | 05:30 AM



ANKARA: Pemimpin pembangkang Turkey, Encik Kemal Kilicdaroglu, muncul pada Isnin sebagai pencabar utama Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam pilihan raya penting yang dijangka diadakan pada 14 Mei, selepas satu gabungan enam parti memilihnya sebagai calon presiden mereka.



Encik Kilicdaroglu, 74 tahun, ketua parti kedua terbesar di negara itu, berhasrat keluar dari bayang-bayang Encik Erdogan dan mengetepikannya selepas pemerintahan selama dua dekad yang menjadikan negara itu sebuah negara pesat membangun.



"Pendekatan kami adalah keamanan. Satu-satunya matlamat kami adalah untuk membawa negara ini ke hari-hari kemakmuran, keamanan dan kegembiraan," Encik Kilicdaroglu, pengerusi Parti Rakyat Republikan (CHP), memberitahu sekitar 2,000 orang yang berkumpul di Ankara.



"Kami akan mentadbir Turkey melalui cara perundingan dan konsensus."



Tinjauan menunjukkan saingan dalam pilihan raya presiden dan Parlimen dalam tempoh dua bulan akan menjadi sangat sengit, dengan blok pembangkang berada sedikit di depan gabungan pemerintah.



Blok itu berikrar mahu membatalkan banyak dasar Encik Erdogan berkaitan ekonomi, hak sivil dan hal ehwal luar dalam apa yang dilihat ramai sebagai pilihan raya paling penting dalam sejarah 100 tahun negara itu.



Seorang mantan penjawat awam, Encik Kilicdaroglu boleh mengambil kesempatan daripada krisis ekonomi dan inflasi yang melambung tinggi, serta kritikan ramai terhadap tindak balas pemerintah terhadap gempa bumi yang dahsyat di selatan negara itu pada Februari yang mengorbankan lebih 46,000 orang.



Namun ada pihak meragui bahawa pembangkang boleh mengalahkan Encik Erdogan, pemimpin paling lama berkhidmat di Turkey yang karisma kempennya telah membantu mencapai banyak kemenangan pilihan raya sebelum ini. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >