Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemimpin pembangkang Korea Selatan ditikam di leher

Jan 02, 2024 | 03:27 PM



BUSAN: Pemimpin Parti Demokratik Korea Selatan, Encik Lee Jae-myung, telah diserang dengan ditikam di leher semasa melawat ke bandar pelabuhan selatan Busan pada 2 Januari, dan terpaksa dihantar ke hospital untuk rawatan, kata pegawai parti dan pasukan bomba.


Penyerang itu dilihat sebagai seorang lelaki berusia lingkungan 50-an atau 60-an. Dia mendekati Encik Lee untuk meminta autograf dan kemudian dengan tiba-tiba menerjah ke hadapan dan menyerang pemimpin itu.

Yonhap melaporkan, penyerang itu segera ditumpaskan dan ditangkap di tempat kejadian.


Klip video di saluran televisyen YTN dan satu lagi klip yang disiarkan di aplikasi X memaparkan serangan itu, dengan seorang lelaki menerkam ke arah Encik Lee ketika menghulurkan tangannya, sebelum Encik Lee rebah.


Gambar yang disiarkan dalam berita menunjukkan pemimpin itu terbaring di atas tanah dengan mata tertutup, dengan orang lain menekan sapu tangan pada bahagian lehernya. Beliau kemudian dibawa ke hospital.

Encik Lee, yang kalah tipis dalam pilihan raya presiden 2022, dalam keadaan sedar dan dibawa terbang ke Universiti Kebangsaan Seoul di ibu kota selepas menerima rawatan kecemasan di Hospital Universiti Kebangsaan Pusan, kata jurucakap parti, Encik Kwon Chil-seung.

Pemindahan ke Seoul dilakukan selepas kakitangan perubatan menentukan bahawa keadaannya tidak mengancam nyawa berdasarkan rawatan kecemasan dan imbasan CT, kata seorang pegawai Hospital Universiti Nasional Pusan kepada Reuters.


Encik Kwon, yang bercakap di luar hospital sejurus selepas Encik Lee dihantar terbang dengan helikopter, berkata kakitangan perubatan Hospital Universiti Nasional Pusan mengesyaki kerosakan pada ‘vena jugular’ yang membawa darah dari kepala ke jantung.

“Terdapat kebimbangan bahawa mungkin ada pendarahan besar atau pendarahan tambahan, menurut kakitangan perubatan,” kata Encik Kwon.

Encik Jin Jeong-hwa, seorang penyokong Encik Lee yang berada di tempat kejadian memberitahu Reuters bahawa terdapat 24 pegawai polis di tempat kejadian.


Suspek enggan menjawab soalan polis mengenai motifnya, lapor akhbar Busan Ilbo.


Walaupun terdapat sekatan ketat ke atas pemilikan senjata, Korea Selatan mempunyai sejarah keganasan politik yang membabitkan pelbagai jenis senjata lain.

Pemimpin parti pembangkang konservatif Cik Park Geun-hye, yang kemudian berkhidmat sebagai presiden, pernah diserang pada satu acara pada 2006 dengan pisau dan mengalami luka di mukanya yang memerlukan pembedahan.

Presiden Korea, Encik Yoon Suk-yeol mengutuk serangan itu dan menyatakan kejadian itu sebagai tindakan yang tidak boleh dimaafkan. Beliau menyatakan ‘kebimbangan yang mendalam’ terhadap keadaan Encik Lee.

“Suk-yeol menyatakan ‘kebimbangan mendalam’ terhadap keselamatan Jae-myung apabila mendengar serangan itu.


“Beliau menekankan kepada masyarakat bahawa kita tidak boleh bertolak ansur dengan tindakan keganasan seperti ini dalam apa jua keadaan,” kata jurucakapnya, Encik Kim Soo-kyung. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >