Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemimpin S’pura ucap tahniah kepada Sultan Ibrahim

Jan 31, 2024 | 07:41 PM



Presiden Singapura, Encik Tharman Shanmugaratnam, dan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengutus ucap tahniah kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, atas pelantikan beliau sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 Malaysia pada 31 Januari.

Dalam suratnya, yang dikongsi oleh Kementerian Ehwal Luar (MFA), Encik Tharman menzahirkan “setinggi-tinggi tahniah”, menyatakan keyakinannya bahawa Sultan Ibrahim akan membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi dengan nasihat dan bimbingannya.

“Singapura dan Malaysia berkongsi persahabatan rapat yang dibina atas hubungan kukuh antara rakyat, selain kerjasama erat antara kerajaan kita dan hubungan perniagaan yang telah lama terjalin.

“Saya berharap dapat bekerjasama dengan Tuanku bagi memastikan ikatan ini terus berkembang, untuk manfaat bersama kedua-dua rakyat kita,” tulis Encik Tharman, yang turut menjemput Sultan Ibrahim ke Singapura untuk lawatan negara.

Dalam surat berasingannya, Encik Lee berkata: “Wawasan anda untuk sebuah Malaysia yang padu dan berpandangan ke hadapan adalah petanda baik untuk pembangunan negara seterusnya.”

Beliau menambah bahawa dengan ketidakstabilan yang semakin meningkat di seluruh dunia, perkongsian antara Singapura dan Malaysia akan menjadi sangat penting untuk kemakmuran dan keselamatan berterusan rakyat kita.

Sambil menyifatkan hubungan dua negara ini sebagai “pelbagai rupa dan berkekalan”, Encik Lee berkata: “Singapura berharap untuk mengukuhkan persahabatan dan kerjasama kita semasa pemerintahan Tuanku.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >