Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Air mata, lambaian rakyat iringi kepulangan Agong ke Pahang

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Air mata, lambaian rakyat iringi kepulangan Agong ke Pahang

Jan 30, 2024 | 05:35 PM



Tanggal 30 Januari 2024 menjadi detik penuh syahdu buat seluruh rakyat Malaysia untuk mengucapkan selamat jalan kepada Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Sultan Abdullah Ahmad Shah, dan Raja Permaisuri, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang tamat penggal pemerintahan lima tahun.

Permulaan langkah Sultan Abdullah dan Tunku Azizah meninggalkan Istana Negara, Kuala Lumpur, untuk perjalanan pulang ke Pahang, kira-kira 8.30 pagi diiringi laungan azan syahdu oleh pegawai agama Istana Negara.

Suasana pilu bermula dengan lambaian kasih warga istana kepada mereka berdua, sebelum menaiki kenderaan khas diraja menuju ke Parlimen untuk istiadat bersama pembesar negara.

Ketibaan di Dataran Parlimen disambut penuh simbolik oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; serta anggota pentadbiran kerajaan, Ahli Parlimen (AP) dan pegawai kerajaan.

Ketibaan mereka diiringi tiupan nafiri oleh 22 anggota Skuadron Istiadat Berkuda dan tembakan meriam sebanyak 21 das mengakhiri istiadat tabik Hormat Diraja daripada pasukan Kawalan Kehormatan Utama.

Usai istiadat di Parlimen, pasangan diraja itu diarak dengan perarakan megah berwarna-warni ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Air mata dan lambaian kasih daripada pemimpin negara dan rakyat jelata sekali lagi mengiringi perjalanan Sultan Abdullah dan Tunku Azizah sehingga mereka berdua menaiki pesawat diraja meninggalkan KLIA.

Rombongan penerbangan pasangan ‘bersemut’ yang tidak lekang berpimpinan tangan itu selamat tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia, Kuantan, Pahang pada 11.55 pagi.

Ribuan rakyat Pahang berpakaian warna warni penuh semangat berhimpun di beberapa lokasi di sepanjang jalan menantikan ketibaan Sultan Abdullah dan Tunku Azizah di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan, tanpa menghiraukan terik mentari.

Sambutan kepulangan mereka berdua bukan saja disambut anggota pentadbiran negeri dan putera sulung, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, malah tambah meriah dengan kehadiran dua gajah diberi nama Pian dan Rambai.

Sejak pagi, Sultan Abdullah dan Tunku Azizah tidak putus-putus berkongsi aksi comel membalas lambaian setiap rakyat dengan pelbagai simbol tangan sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan.

Upacara kepulangan pasangan diraja itu ke Pahang turut dipancarkan secara langsung di stesen televisyen utama Malaysia dan media sosial turut dibanjiri ucapan dan doa daripada rakyat untuk mereka berdua yang dikasihi.

Dengan pulangnya Sultan Abdullah ke negeri kelahiran, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, akan mengambil alih tampuk pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada 31 Januari.

Beliau dijadualkan berlepas dari Istana Bukit Serene, Johor Bahru ke Kuala Lumpur pada 7.45 pagi 31 Januari dan akan dibawa ke Istana Negara untuk istiadat pertabalan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >