Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Sultan Ibrahim Agong M’sia Ke-17

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Sultan Ibrahim Agong M’sia Ke-17

Jan 31, 2024 | 07:01 PM



Seluruh rakyat Malaysia meraikan pelantikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim, sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17, pada 31 Januari 2024.

Beliau selamat melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Agong ke-17 pada usia 65 tahun dalam upacara penuh istiadat di Istana Negara, Kuala Lumpur, bermula kira-kira 10.40 pagi.

Dalam istiadat sama, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, 67 tahun, melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Kededua mereka melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan di hadapan Raja-raja Melayu dari Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah.

Perjalanan Sultan Ibrahim, yang terkenal dengan julukan Raja Berjiwa Rakyat, ke Istana Negara bermula kira-kira 7.45 pagi dari Istana Bukit Serene di Johor Bahru.

Puluhan ribu rakyat Johor daripada pelbagai kaum dan agama tidak melepaskan peluang untuk memberikan lambaian simbolik ucapan tahniah dan selamat jalan kepada Sultan Ibrahim.

Kebanyakan mereka turut membawa keluarga dan anak kecil dan bersedia di bahu jalan lengkap dengan kibaran Jalur Gemilang di beberapa lokasi di Johor, untuk menyaksikan saat bersejarah Sultan Ibrahim berarak bersama konvoi Diraja ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai Johor.

Sultan Ibrahim dan Sultan Nazrin Shah dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara, pada Oktober 2023, untuk berkhidmat selama lima tahun bermula 31 Januari 2024.

Sultan Ibrahim menggantikan Sultan Abdullah Ahmad Shah, yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Agong ke-16 pada 30 Januari selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 31 Januari 2019.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang turut menyambut ketibaan Sultan Ibrahim di Kuala Lumpur, merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Agong Ke-17 dan menegaskan seluruh rakyat akan terus memberikan taat setia kepada pemerintahan Agong baru itu.

“Kerajaan Madani akan terus mendukung sepenuhnya amanat Sultan Ibrahim yang ingin melihat Malaysia meneruskan tadbir urus yang baik, telus, pemacuan ekonomi mampan serta memberi sepenuh perhatian kepada usaha meningkatkan darjat hidup rakyat.

“Ini juga hasrat jutaan rakyat yang ingin terus melihat kestabilan negara demi kemakmuran dan kesejahteraan serta peluang dan masa depan lebih baik untuk semua,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada 31 Januari.

Datuk Anwar berkata pandangan jauh lagi berwawasan yang dizahirkan menerusi peranan penting sebagai Raja Berperlembagaan telah memungkinkan kestabilan politik, sosial dan ekonomi seperti yang dinikmati pada hari ini.

“Lantaran itu, mari bersama kita raikan permulaan tampuk pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >