JEDDAH: Pemimpin negara-negara Teluk berkumpul di Arab Saudi bagi membincangkan krisis serantau yang tercetus akibat perang Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran, dalam pertemuan bersemuka pertama mereka pada 28 April sejak konflik itu bermula dua bulan lalu.

Pemimpin Majlis Kerjasama Teluk (GCC) disambut oleh Putera Mahkota Saudi Arabia, Mohammed bin Salman, ketika tiba di Jeddah untuk membincangkan beberapa isu berkaitan perkembangan serantau dan antarabangsa, termasuk usaha menyelaras tindak balas bersama terhadap krisis yang sedang berlaku.