Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemimpin Umno, parti politik lain menghadap Sultan Perak

Tiada parti miliki majoriti mudah untuk bentuk kerajaan baru negeri
Dec 09, 2020 | 05:30 AM



BEBERAPA pemimpin Umno dan parti politik lain menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di Istana Kinta semalam dalam usaha mencari pengganti Menteri Besar Perak yang baru.



Cara itu sebagai memastikan calon menteri besar itu mempunyai sokongan kukuh daripada majoriti anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak.



Sehingga lewat petang semalam, belum ada pengumuman mengenai pengganti Menteri Besar sebelum ini, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, yang disingkirkan dalam satu usul undi yakin di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Jumaat lalu.



Beliau mendapat sokongan 10 undi daripada sejumlah 59 kerusi DUN, sementara 48 undi menolak, dan baki satu berkecuali.



Pagi semalam, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tiba di Istana Kinta hampir 10 pagi.



Beliau disertai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad, yang disebut-sebut sebagai calon Umno bagi jawatan Menteri Besar itu.



Ditemui kemudian selepas menghadap Sultan Nazrin, Datuk Ahmad Zahid berkata beliau yakin calon Menteri Besar Perak yang baru daripada Umno mendapat perkenan Sultan Nazrin selain memperoleh sokongan majoriti Adun.



"Majoriti InsyaAllah," kata presiden Umno itu.



Namun beliau menegaskan calon Menteri Besar baru Perak akan diumumkan Sultan Nazrin.



"Alhamdulillah saya diperkenankan Sultan Nazrin untuk menghadap dan mempersembahkan surat memohon untuk berkenan bagi mempertimbangkan calon Menteri Besar Perak.



"Pengumuman untuk calon Menteri Besar Perak itu akan dibuat Tuanku sendiri dan kenyataan selepas ini hanya akan dikeluarkan pihak istana," kata beliau.



Selepas tengah hari, tiga pemimpin Pakatan Harapan (PH) memasuki perkarangan Istana Kinta untuk menghadap Sultan Nazrin pula.



Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Encik Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, dan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Perak, Encik Nga Kor Ming, dilihat memasuki pekarangan Istana pada 2.55 petang.



Ketiga-tiga mereka hadir ke Istana dengan menaiki kenderaan berasingan.



Menyusul kemudian, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Datuk Asmuni Awi, tiba pada 3.05 petang.



Selain itu, Parti Islam SeMalaysia (PAS) pula semalam membatalkan rancangan menghantar Adun mereka menghadap Sultan Nazrin.



Tiga Adun parti itu sepatutnya menghadap Sultan pada 3 petang semalam.



Pesuruhjaya PAS Perak, Encik Razman Zakaria, berkata keputusan itu dibuat atas arahan pucuk pimpinan parti.



Sementara itu, Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Annuar Zaini, petang semalam berkata memandangkan tiada parti politik mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri Perak, keadaan itu gagal meyakinkan Sultan Nazrin untuk melantik Menteri Besar Ke-14 negeri Perak.



"Oleh kerana DYMM (Duli Yang Maha Mulia) masih belum diyakinkan mana-mana pihak sudah ada majoriti mudah dan sehingga DYMM yakin sudah ada mana-mana pihak yang mempunyai majoriti mudah, barulah istiadat angkat sumpah boleh dilaksanakan.



"Oleh kerana itu, DYMM belum dapat diyakinkan oleh mana-mana pihak," katanya kepada media di perkarangan Istana Kinta.



Beliau menambah sehingga isu berkenaan diselesaikan, barulah istiadat angkat sumpah Menteri Besar yang baru dapat dilaksanakan.



Umno mempunyai 25 kerusi di DUN Perak; DAP 16; Bersatu 5; Amanah 5; Pas 3; PKR 3; seorang Adun dari Gerakan dan juga Bebas.




"Oleh kerana DYMM (Duli Yang Maha Mulia) masih belum diyakinkan mana-mana pihak sudah ada majoriti mudah dan sehingga DYMM yakin sudah ada mana-mana pihak yang mempunyai majoriti mudah, barulah istiadat angkat sumpah boleh dilaksanakan."
- Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Annuar Zaini




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >