Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pulau Pinang batalkan pangkat negeri bagi bekas PM M'sia, Najib

Sep 15, 2022 | 03:45 PM



PETALING JAYA: Pulau Pinang telah membatalkan satu pangkat yang diberi kepada bekas Perdana Menteri (PM) Malaysia, Encik Najib Tun Razak, beberapa hari selepas  istana Selangor menarik balik pangkat yang diberi kepadanya dan isterinya Cik Rosmah Mansor.



Pembatalan itu berkuat kuasa hari ini. (15 September)



Encik Najib dianugerahkan Darjah Utama Pangkuan Negeri, yang membawa kepada pangkat Dato' Seri Utama, pada 2009.



Timbalan Setiausaha Negeri (Pembangunan) Pulau Pinang, Datuk Zakuan Zakaria, berkata gabenor negeri itu telah bersetuju bagi pihak kerajaan Penang untuk membatalkan pangkat itu menyusuli kesalahan rasuah yang dikenakan ke atasnya.



Mereka juga dikenakan tindakan serupa dari istana Negeri Sembilan pada 2018 namun masih kekalkan pangkat tersebut yang diberi oleh negeri-negeri lain.



Encik Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan didenda sebanyak RM 210 juta ($64.93 juta) bagi peranannya dalam satu kes melibatkan satu bekas subsidiari dana negeri 1MDB.



Pada 1 September lalu, Cik Rosmah juga dikenakan tuduhan oleh Mahkamah Tinggi kerana meminta sogokan sebagai ganti kerana membantu sebuah firma tenaga suria mendapatkan satu kontrak mewah bagi ratusan sekolah di Sarawak.



Dia (Cik Rosmah) dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan didenda RM970 juta.



Cik Rosmah kini diberi ikat jamin sedang beliau membuat rayuan di Mahkamah  Rayuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >