Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pencuri di Bangkok ditangkap polis berbaju ‘hantu’ dalam acara Halloween

Nov 04, 2023 | 02:49 PM



BANGKOK: Baru sahaja hendak menyertai pesta ‘hantu-hantu’, kena tangkap dengan ‘hantu’ polis.


Seorang pencuri di Thailand, yang berniat menyertai satu sambutan pesta ‘Halloween’ diserang hendap pegawai polis pengintipan yang berpakaian baju tengkorak.

Suspek, dikenal pasti sebagai Wanchai Saeng-udom, 32 tahun, didakwa telah mencuri beberapa barang di sebuah restoran di Silom, Bangkok termasuk lima peranti Ipad dan satu komputer riba bernilai lebih 100,000 Baht ($3,795), media tempatan Khaosod English.

Dia dipercayai telah melarikan diri dari tempat kejadian pada malam 20 Oktober dan waran tangkap baginya telah di dikeluarkan pada 26 Oktober, lapor akhbar tempatan Thairath.

Mejar Jeneral Polis Teeradej Thumsutee, komander Divisyen Siasatan Biro Polis Metropolitan berkata beliau telah menerima maklumat bahawa Wanchai dan seorang teman wanita beliau akan menonton filem seram Death Whispering: Tee Yod di sebuah pawagam, malam sambutan ‘Halloween’ pada 31 Oktober, lapor Thai PBS World.

Satu pasukan siasatan kemudian melaksanakan operasi dengan memakai baju tengkorak dan topeng kononnya mereka adalah pekerja pawagam itu.

Mereka kemudian berinteraksi dengan penonton lain filem itu sepanjang lebih tiga jam sebelum mengenal pasti Wanchai.

Apabila Wanchai dilihat sedang memasuki pawagam itu, pegawai tersebut dengan secepat mungkin mendekati Wanchai dan teman wanitanya untuk bergambar bersama.

Mereka kemudia mengepung Wanchai dan mendedahkan identiti mereka sebagai pegawai polis sebelum memberkasnya.

Menurut pihak polis Thailand, Wanchai mengaku bersalah atas beberapa dakwaan dan berkata, dia membuat keputusan untuk meletak jawatan daripada restoran yang menggajikannya sebelum ini selepas bertengkar dengan seorang rakan kerja.

Dia mencuri barang itu atas sebab rasa marah terhadap kejadian itu.

Wanchai kemudian cuba menjual barang yang dicurinya itu namun ditipu dan tidak berupaya meraih sebarang keuntungan.

Wanchai mempunyai sejarah melakukan beberapa kesalahan, termasuk mengendali dadah, berjudi, mencuri dan telah dibebaskan dari penjara baru-baru ini. - Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >