Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pendakwa raya Turkey sita 121 syarikat dan tiga stesen TV

Sep 11, 2025 | 3:53 PM
Pendakwa raya Turkey pada 11 September merampas kawalan ke atas sebuah konglomerat yang mempunyai 121 syarikat dan mengarahkan penahanan 10 eksekutifnya atas tuduhan penipuan, lapor media.
Pendakwa raya Turkey pada 11 September merampas kawalan ke atas sebuah konglomerat yang mempunyai 121 syarikat dan mengarahkan penahanan 10 eksekutifnya atas tuduhan penipuan, lapor media. - Foto AFP

ISTANBUL: Pendakwa raya Turkey pada 11 September merampas kawalan ke atas sebuah konglomerat yang mempunyai 121 syarikat, termasuk tiga stesen televisyen utama, serta mengarahkan penahanan 10 eksekutifnya atas tuduhan penipuan, lapor media.

Perintah penahanan itu menyasarkan pengurusan Can Holding, yang dikenali dengan aset dalam bidang tenaga dan pendidikan, dan pada 2024 lalu membeli beberapa saluran TV terkenal termasuk Haberturk, Show TV dan Bloomberg HT, sebuah rangkaian Bloomberg News.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan media Turkey, pendakwa raya di daerah Kucukcekmece, Istanbul, berkata mereka telah menemui bukti bahawa “satu organisasi ditubuhkan untuk melakukan jenayah melalui syarikat-syarikat di bawah Can Holding... termasuk penipuan, pengelakan cukai... dan pengubahan wang haram.”

Mereka mengarahkan penahanan 10 individu, termasuk pemilik Can Holding, serta meletakkan aset 121 syarikat itu di bawah pengurusan pihak ketiga, iaitu Tabung Insurans Simpanan Turkey. Tindakan ini berlaku ketika pemerintah memperketat kawalan ke atas media, sekali gus mencetuskan amaran daripada badan pemantau Reporters Without Borders (RSF).

“Operasi yang menyasarkan Can Holding, pemilik Haberturk & Bloomberg HT, mungkin ada justifikasi tersendiri. Korupsi dalam sektor ini memang tidak dapat dinafikan. Namun, proses ini juga boleh mewujudkan suasana di mana kawalan terhadap pemilikan media semakin diperketat dengan tujuan membentuk suara tunggal,” kata wakil RSF di Turkey, Encik Erol Onderoglu. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg