Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penduduk Gaza harapkan gencatan senjata berkekalan

Mar 04, 2024 | 05:30 AM



RAFAH (JALURAN GAZA): Rakyat Palestin, yang kehilangan rumah, kelaparan dan dalam ketakutan menanti serangan Israel di tempat perlindungan terakhir mereka di Gaza, berkata pengumuman Amerika Syarikat bahawa gencatan senjata sementara boleh dipersetujui tidak lama lagi memberi mereka harapan.


Perjanjian yang dicadangkan dari permulaan bulan Ramadan pada awal Mac boleh menghentikan pertempuran buat kali pertama sejak gencatan senjata ringkas pada November dan meredakan malapetaka manusia yang berlaku di Gaza.

Sementara perunding membincangkan syarat-syarat bagi gencatan senjata selama enam minggu, penduduk Gaza berkata apa yang benar-benar dimahukan ialah bagi perang itu dihentikan sama sekali.

“Kami berharap ia akan menjadi gencatan senjata kekal.

“Kami tidak mahu kembali berperang kerana perang selepas gencatan senjata pertama memusnahkan kami dan memusnahkan rumah kami,” kata Cik Rehab Redwan, seorang wanita yang telah melarikan diri dari rumahnya di Khan Younis untuk berlindung dalam khemah pelarian.

“Bolehkah anda bayangkan – tidak ada makanan, tiada apa-apa untuk diminum. Tiada keperluan asas untuk hidup,” tambahnya, sambil berkata beliau mahu pulang ke rumah walaupun ia sekarang sekadar runtuhan.

Selepas hampir lima bulan kempen serangan udara dan darat Israel, kira-kira 85 peratus daripada 2.3 juta penduduk Gaza telah meninggalkan rumah mereka, kebanyakan rumah musnah. Mereka kebuluran dan penyakit berleluasa, kata agensi bantuan.

GENCATAN SENJATA TETAP ATAU SEMENTARA

Di Rafah, di mana kebanyakan penduduk Gaza kini berlindung setelah melarikan diri, dianggap Israel sebagai sasaran serangan mereka seterusnya.

Menurut salah seorang penduduk, Encik Faraj Bakroon, syarat yang dilaporkan untuk gencatan senjata itu “tidak masuk akal”.

Selain hanya memasuki tempoh seminggu sejak tentera Israel tidak menjalankan apa-apa serangan, tiada tanda-tanda rejim sokongan Amerika itu akan membenarkan mereka yang melarikan diri ke selatan Gaza pulang ke rumah mereka di utara – terutamanya jika mereka adalah lelaki dalam usia yang dirasai sesuai untuk masuk tentera.

“Jika gencatan senjata seperti sebelum ini dan mereka akan memulakan perang semula selepas ia berakhir, kita tidak mahu gencatan senjata sedemikian.

“Jika kita tidak boleh pergi ke utara, maka gencatan senjata tidak diperlukan. Mari kita kekalkan perang sehingga segalanya sudah berakhir sepenuhnya,” katanya.

“Bagaimana kita akan pergi, berdasarkan peringkat umur yang mereka tetapkan? Bagaimana dengan anak-anak kita? Kita tidak boleh meninggalkan anak-anak kita dan berpindah,” tambah Encik Bakroon.

Namun, bagi sebahagian lagi penduduk di Gaza, sebarang tempoh berhenti perang adalah dialu-alukan, walaupun ia akhirnya tidak mencapai gencatan senjata yang berkekalan.

“Kami mahukan gencatan senjata penuh di mana kami boleh cuba teruskan hidup,” kata Encik Rashad Daher, yang merupakan seorang lagi penduduk Gaza.

Tetapi beliau menambah: “Kami memohon kepada Tuhan supaya gencatan senjata sementara ini tetap berlaku.”

Seorang lagi penduduk Gaza, Encik Ahmed al-Far, yang tinggal di Rafah selepas melarikan diri dari rumahnya di utara kota itu mengharapkan gencatan senjata “supaya orang ramai dapat bernafas dan menyembuhkan luka mereka”.

“Terdapat 150 hingga 200 mati syahid setiap hari. Ia satu kerugian besar bagi rakyat kita,” katanya. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >