Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penduduk Gaza masak tumbuhan liar dek bantuan tidak kesampaian

Mar 26, 2024 | 3:10 PM
Penduduk Palestin, Encik Wael Al-Attar dan keluarganya menjamah masakan Khobiza, sejenis  tumbuhan liar yang didapati di Gaza,
Penduduk Palestin, Encik Wael Al-Attar dan keluarganya menjamah masakan Khobiza, sejenis tumbuhan liar yang didapati di Gaza, - Foto REUTERS

GAZA: Ketika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut gencatan senjata segera di Gaza dan kemungkinan semakin meningkatnya masalah kebuluran, para penduduk Palestin mencari tumbuhan hijau liar yang dipanggil Khobiza untuk mengalas perut yang berkeroncong.

Ia adalah satu lagi peringatan tentang penderitaan yang melanda kawasan Palestin sejak perang meletus ekoran serangan Hamas di selatan Israel pada 7 Oktober, membunuh 1,200 orang dan lebih 240 yang lain dijadikan tebusan.

Serangan itu mencetuskan tindak balas sengit daripada Israel, yang melancarkan serangan berterusan udara dan darat yang sehingga kini telah membunuh lebih 32,000 rakyat Palestin, menurut pihak berkuasa kesihatan wilayah itu.

“Anak-anak perempuan saya memberitahu saya, mereka mahu makan roti. Hati saya hancur mendengar rintihan mereka.

“Saya tidak dapat mencari sekeping roti untuk mereka. Saya pergi dan kumpulkan beberapa batang Khobiza. Kami telah menemui Khobiza buat masa ini, tetapi pada masa hadapan, kat mana kami boleh mendapatkannya?” tanya wanita Palestin, Cik Maryam Al-Attar.

“Kami benar-benar kelaparan. Kami tiada apa-apa untuk dimakan. Kami mengidam sayur-sayuran, ikan dan daging. Kita berpuasa dengan perut kosong,” kata seorang lagi wanita Palestin, Cik Umm Mohamed.

Pada 25 Mac, jurucakap pemerintah Israel berkata pihaknya akan berhenti bekerjasama dengan Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat PBB bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ekorannya, Israel tidak akan lagi meluluskan konvoi makanan UNRWA ke utara Gaza.

Israel menuduh bahawa 12 daripada 13,000 kakitangan UNRWA di Gaza mengambil bahagian dalam serangan 7 Oktober. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg