Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penduduk Gaza mati lemas ketika berebut dapatkan bantuan dari udara

Mar 27, 2024 | 11:27 AM



GAZA: Rakyat Gaza terus ternanti-nanti bekalan makanan yang digugurkan dari udara dekat kawasan pantai, di utara Jaluran Gaza yang kini dilanda kebuluran tanpa mempedulikan ramai yang maut ketika cuba mendapatkan bungkusan yang digugurkan dengan payung terjun.


Agensi AFP melaporkan pentadbir Hamas dan Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med yang berpangkalan di Switzerland, seramai 12 individu mati lemas ketika cuba mengharungi laut untuk mendapatkan bungkusan makanan berkenaan.


Mereka dikatakan lemas ketika cuba mendapatkan bantuan yang digugurkan melalui pesawat di pantai Gaza, kata pihak berkuasa kesihatan Palestin di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kebuluran hampir enam bulan selepas diserang tentera Israel.

Video yang diperoleh Reuters menunjukkan orang ramai berlari ke arah pantai di Beit Lahia, utara Gaza, ketika peti dengan payung terjun terapung, kemudian orang ramai berdiri jauh di dalam air dan mayat ditarik ke atas pasir.


Para saksi memberitahu bahawa mangsa yang maut terdiri daripada remaja dan kanak-kanak yang tidak tahu berenang.

Encik Ahmed Al-Rafi yang bekerja sebagai mekanik berkata, ramai dalam kelaparan dan terdesak untuk mendapatkan makanan sehingga situasi bertukar huru-hara.

“Setiap orang tercedera atau terbunuh kerana bergaduh untuk mendapatkan barangan asas seperti tepung, makanan dalam tin, air dan kekacang,” katanya.

Seorang lagi saksi yang juga pemandu teksi, Encik Uday Nasser, 27 tahun, mengakui apa yang berlaku memang amat memalukan kerana semua orang sanggup melakukan apa saja semata-mata untuk mendapatkan makanan.

“Kami bergelut mempertaruhkan nyawa hanya untuk mendapatkan bantuan. Apa yang sepatutnya menjadi usaha kemanusiaan telah bertukar menjadi pergaduhan,” katanya sambil menambah ada yang berdepan risiko dirompak selepas berjaya mendapatkan bantuan makanan ketika dalam perjalanan pulang.

Keadaan yang berlaku sekarang di utara Gaza sudah pun diberi amaran oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kini ia bertukar menjadi wilayah ‘kebuluran buatan manusia’.

Berkongsi pengalamannya, Encik Uday berkata, apabila kelihatan pesawat menggugurkan makanan dengan payung terjun, orang ramai pun berpusu-pusu untuk mendapatkannya sehingga keadaan bertukar tegang.

“Kami mendengar bunyi pesawat dan menunggu bantuan dijatuhkan dengan payung terjun. Kelihatan orang ramai merenung ke langit. Jadi kami tahu pesawat itu akan datang.

“Apabila kami tiba di zon ia digugurkan, orang ramai berkumpul sehingga mengundang pergaduhan, huru-hara dan kecederaan, mengakibatkan ada orang tertiarap di atas tanah,” katanya yang pernah tinggal di kem pelarian Jabalia sebelum terpaksa meninggalkan rumahnya.

Seorang penduduk, Encik Al-Rafi, 32 tahun, turut mengakui keadaan sangat sukar sehingga ada yang terdesak apabila sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri semata-mata mahu mendapatkan makanan.

“Kami susah mendapatkan makanan. Kami mempertaruhkan nyawa (menunggu penghantaran) di Jalan Salah al-din atau di bulatan Kuwait atau ketika cuba mengumpul bekalan yang digugurkan dari pesawat.


“Baik pesawat mahupun trak, ia tidak memberi kami keperluan asas seperti dikehendaki.

“Kami mahu Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) datang dan mengagihkan bantuan secara hormat kepada setiap keluarga di Gaza,” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >