Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penduduk Gaza papar sokongan kepada bantahan pelajar di kampus AS

May 02, 2024 | 02:46 PM



GAZA: Beribu-ribu batu jauhnya dari protes kampus yang telah memecahbelahkan rakyat Amerika Syarikat, beberapa penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal melahirkan perpaduan dengan penunjuk perasaan antiperang dan berterima kasih di atas usaha mereka itu.


Mesej sokongan ditulis pada beberapa khemah di bandar Rafah, selatan Gaza, yang menjadi tempat sekitar sejuta rakyat Palestin berlindung daripada pengeboman Israel dan pertempuran darat yang sejauh ini membunuh lebih 34,000 orang.

“Terima kasih, universiti Amerika,” kata salah satu mesej yang dirakam dalam video oleh agensi berita Reuters.


Yang lain berbunyi “Terima kasih, pelajar dalam solidariti dengan Gaza, mesej anda telah sampai”.

Ketegangan telah meningkat di kampus di seluruh Amerika, dengan polis berbekalkan peralatan rusuhan memberkas berpuluh-puluh orang di Universiti Columbia New York pada malam 30 April.

Polis juga dilaporkan bertempur dengan penunjuk perasaan pro-Palestin yang telah mendirikan khemah dan merampas bangunan akademik di institusi lain.

Penunjuk perasaan menggesa pihak universiti supaya berhenti berurusan dengan syarikat yang mempunyai hubungan dengan Israel dan mendesak tentera Israel berundur dari Gaza.

Bantahan itu berlaku pada masa yang amat menggerunkan bagi Rafah, dengan Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, berikrar melancarkan serangan darat ke atas bandar itu untuk menumpaskan batalion Hamas di sana.

Rakyat Palestin “sangat gembira kerana masih ada orang yang berdiri bersama kami”, kata Encik Mohammed al-Baradei, 24 tahun, siswazah baru dari program pergigian di Universiti Al-Azhar, dalam satu panggilan telefon dari Rafah.

“Istimewanya, perkara ini berlaku di Amerika dan penduduk di sana sedar, dan kesedaran semakin meningkat setiap hari terhadap perjuangan rakyat Palestin,” tambahnya.

Wartawan bebas, Encik Akram al-Satri, 47 tahun, yang berlindung di Rafah, berkata rakyat Palestin “memerhati dengan penuh harapan dan rasa syukur pergerakan pelajar di Amerika”.

“Bagi kami, ini adalah secebis harapan di peringkat kebangsaan,” tambahnya dalam rakaman mesej pada 1 Mei.

Ketegangan di kampus Amerika memuncak pada 1 Mei apabila penyokong pro-Israel menyerbu perkhemahan penunjuk perasaan pro-Palestin dan antiperang di Universiti California, Los Angeles (UCLA).

Ia berlaku beberapa jam selepas polis menahan aktivis yang menduduki sebuah bangunan di Universiti Columbia dan meratakan khemah-khemah di kampus itu.

Rakaman saksi menunjukkan penunjuk perasaan menggunakan kayu atau tiang untuk merobohkan pengadang sementara bagi menyekat pergerakan penunjuk perasaan pro-Palestin.

Polis bertindak balas terhadap permintaan canselor UCLA, Encik Gene Block, untuk mendapatkan sokongan, kata Encik Zach Seidl, pegawai perhubungan Los Angeles, di platform media sosial X.

Lima belas orang cedera semasa pertempuran di UCLA, termasuk seorang yang dimasukkan ke hospital, kata jurucakapnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >