Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengasas World Central Kitchen dakwa Israel bunuh pekerjanya secara sistematik

Apr 04, 2024 | 12:43 PM



WASHINGTON: Cef selebriti, Encik Jose Andres, mendakwa serangan tentera Israel yang membunuh tujuh pekerja bantuan makanannya di Gaza pada 1 April telah menyasarkan mereka “secara sistematik, satu demi satu kereta”.


Bercakap dengan penuh emosi dalam satu wawancara pada 3 April, Encik Andres berkata badan amal, World Central Kitchen (WKC), yang diasaskannya mempunyai komunikasi yang jelas dengan tentera Israel, yang menurutnya mengetahui pergerakan pekerja bantuannya.

“Ini bukan situasi nasib malang di mana operasi kami menjatuhkan bom di tempat yang salah.

“Ini adalah konvoi kemanusiaan yang sangat jelas mempunyai tanda di bahagian bumbung kenderaan, logo yang sangat berwarna-warni.

“Sangat jelas siapakah kita dan apakah yang kita lakukan,” tambah Encik Andreas.

Beliau menggesa siasatan berhubung kejadian itu segera dijalankan oleh pemerintah Amerika Syarikat dan negara asal setiap pekerja bantuan yang terbunuh.

“Mereka menyasarkan kami di kawasan yang dikawal oleh Angkatan Pertahanan Israel (IDF). Mereka tahu bahawa pasukan kami bergerak di jalan itu... dengan tiga kereta,” katanya.

Pekerja bantuan itu terbunuh apabila konvoi mereka diserang sejurus selepas mereka mengawasi pemunggahan 100 tan makanan yang dibawa ke Gaza melalui laut.

Warga Australia, Britain dan Amerika adalah antara tujuh pekerja bantuan WCK yang terbunuh.

Israel menyatakan kesedihan atas kejadian itu dan Perdana Menteri, Encik Benjamin Netanyahu, menyifatkannya sebagai sesuatu yang tidak disengajakan.

Encik Andres menolak dakwaan Israel dan Amerika bahawa serangan itu tidak disengajakan.

“Walaupun kita tidak menyelaraskannya dengan IDF, tiada negara demokratik dan tiada tentera boleh menyasarkan orang awam dan kemanusiaan,” tambahnya.

Diminta mengulas mengenai kenyataan Encik Andres, seorang jurucakap tentera Israel merujuk kepada komen terdahulu oleh ketua staf, Encik Herzi Halevi, bahawa kejadian itu sebagai kesilapan besar dan serangan itu “tidak dilakukan dengan niat untuk mencederakan pekerja bantuan WCK”.

Encik Andres berkata bahawa beliau sepatutnya berada di sana bersama pasukannya tetapi tidak dapat pulang ke Gaza pada masa itu.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sekurang-kurangnya 196 pekerja kemanusiaan telah terbunuh di Gaza sejak Oktober. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >