Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penduduk Lebanon hilang hampir segala-galanya sejak perang melanda

Oct 17, 2024 | 2:18 PM
Kanak-kanak mengisi masa terluang  dengan kegiatan melukis di halaman dekat khemah-khemah perlindungan keluarga masing-masing di pantai dekat Beirut, Lebanon.
Kanak-kanak mengisi masa terluang dengan kegiatan melukis di halaman dekat khemah-khemah perlindungan keluarga masing-masing di pantai dekat Beirut, Lebanon. - Foto REUTERS

TRIPOLI/BEIRUT: Ketika senja menjelma, tempat letak kereta dekat hotel Quality Inn di Tripoli, Libya, penuh dengan kereta dan keluarga. Suasana riang dan meriah dengan jeritan kanak-kanak kedengaran di sana sini apabila hotel menganjurkan majlis perkahwinan dan hari jadi.

Lain dulu, lain sekarang.

Kini, kereta-kereta di hotel itu disalut debu dan ada yang hancur. Ramai keluarga duduk di atas rumput, wajah mereka lesu kerana kebimbangan dan kanak-kanak bermain di kolam renang yang telah dikosongkan.

Ini kerana Quality Inn telah diubah menjadi salah satu tempat perlindungan terbesar di Tripoli untuk pelarian Lebanon yang melarikan diri dari pengeboman Israel di selatan negara itu.

“Saya keluarga merasa bertuah kerana ada tempat berlindung. Kami hanya harapkan perang akan berakhir supaya kami boleh pulang ke rumah,” kata Encik Hassan al-Aaker, 54 tahun, dengan nada optimis meskipun beliau tidak pasti rumahnya di bandar Tyre, selatan Lebanon, masih berdiri megah apabila pulang kelak.

Di Lebanon, termasuk ibu kotanya, Beirut, penduduk yang melarikan diri dapat dilihat di mana-mana. Mereka mendirikan khemah sementara daripada tiang logam dan menutupnya dengan cebisan selimut.

Di taman dan dataran di bandar ini, sesetengah keluarga meletakkan tikar getah di atas tanah sekadar untuk melelapkan mata.

Pemerintah Lebanon menangguhkan permulaan tahun persekolahan dan mengubah 1,000 sekolah sebagai tempat perlindungan, kata Encik Ivo Freijsen, wakil Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian.

Hotel-hotel yang pernah menjadi tempat persinggahan pelancong kini dipenuhi keluarga yang mampu menyewanya.

Daripada populasi sekitar 6 juta, termasuk kira-kira 2 juta pelarian Syria, lebih 1 juta telah meninggalkan rumah masing-masing akibat pengeboman Israel, kata PBB dan pihak berkuasa Lebanon.

“Walaupun kami telah merancang untuk menampung sejumlah besar orang yang berpotensi kehilangan tempat tinggal, namun kami terkejut kerana lebih sejuta orang telah melarikan diri dalam seminggu,” kata Encik Freijsen, yang telah bekerja di negara yang dilanda perang selama 30 tahun tahun.

Pejabat bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan melaporkan bahawa setakat minggu lalu hampir 700,000 orang di Lebanon telah dipindahkan sejak Oktober lalu dan hanya 186,000 orang telah ditempatkan di pusat-pusat perlindungan. Selebihnya tinggal bersama saudara-mara, di pangsapuri atau hotel yang disewa.

Di samping itu, hampir 400,000 rakyat Lebanon dan Syria telah meninggalkan negara itu. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg