Penduduk Palestin dakwa Israel robohkan 15 rumah di Tebing Barat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penduduk Palestin dakwa Israel robohkan 15 rumah di Tebing Barat

Feb 12, 2026 | 11:56 AM

Penduduk Palestin dakwa Israel robohkan 15 rumah di Tebing Barat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Seorang lelaki Palestin berdiri di atas runtuhan sebuah rumah yang dirobohkan oleh peneroka Israel di sebuah kampung di pinggir Jericho, di Tebing Barat yang diduduki Israel, pada 11 Februari 2026.
Seorang lelaki Palestin berdiri di atas runtuhan sebuah rumah yang dirobohkan oleh peneroka Israel di sebuah kampung di pinggir Jericho, di Tebing Barat yang diduduki Israel, pada 11 Februari 2026. - Foto: AFP

TEBING BARAT: Peneroka Israel merobohkan kira-kira 15 rumah Palestin dan sebuah kandang haiwan di sebuah kampung berhampiran Jericho di Tebing Barat yang diduduki Israel, kata penduduk dan aktivis pada 11 Februari.

Struktur-struktur tersebut telah dirobohkan di al-Duyuk al-Tahta sehari sebelumnya, di tengah-tengah peningkatan keganasan peneroka yang berulang kali memaksa keluarga supaya melarikan diri.

Keganasan terbaru berlaku beberapa hari selepas kabinet keselamatan Israel meluluskan langkah-langkah untuk mengetatkan kawalan ke atas Tebing Barat, membuka jalan untuk pengembangan penempatan selanjutnya.

Dalam kejadian itu, sekitar 50 peneroka Israel tiba, memaksa semua penghuni keluar daripada rumah dan mula merobohkannya.

Mereka kemudian mengambil semua yang kami tinggalkan termauk ayam,” kata penduduk kampung Mustafa Kaabneh, yang telah tinggal di kawasan itu selama hampir dua dekad.

Beliau berkata kebanyakan peneroka lengkap bersenjata dan bertopeng serta diiringi oleh kenderaan tentera Israel sebelum kembali dengan jentolak.

Tentera Israel tidak segera memberi maklum balas kepada permintaan untuk mendapatkan komen.

Seorang lagi penduduk, Encik Bassem Kaabneh, 23, berkata peneroka memukul wanita dan kanak-kanak, menghalau keluarga daripada rumah mereka dan merampas barang-barang peribadi.

“Mereka kata: “Anda tidak mempunyai rumah di sini lagi”.

Encik Abu Audi al-Rajabi, yang memiliki salah satu rumah yang dirobohkan, berkata tiada arahan perobohan telah dikeluarkan.

“Rumah itu dibina 13 tahun yang lalu dan telah didiami sejak itu,” katanya.

Aktivis tempatan Encik Jihad Mahaless berkata rumah-rumah yang dirobohkan terletak di Kawasan C - sebahagian daripada Tebing Barat yang di bawah Perjanjian Oslo pada 1990-an - berada di bawah kawalan penuh Israel.

“Kami kini tinggal di bawah pokok,” kata Encik Kaabneh.

Pada 8 Februari, kabinet keselamatan Israel meluluskan beberapa langkah yang membolehkan Israel meluaskan kawalannya di kawasan yang ditadbir oleh Penguasa Palestin di bawah Perjanjian Oslo.

Rancangan itu, yang telah mencetuskan kemarahan antarabangsa, juga akan membenarkan orang Yahudi Israel membeli tanah Tebing Barat secara langsung dan membenarkan pihak berkuasa Israel mentadbir tapak keagamaan tertentu walaupun ia terletak di kawasan di bawah kawalan Penguasa Palestin.

Israel telah menduduki Tebing Barat sejak 1967.

Tidak termasuk timur Baitulmakdis, lebih 500,000 rakyat Israel tinggal di penempatan dan pos kawalan di seluruh Tebing Barat, yang menyalahi undang-undang antarabangsa.

Kira-kira tiga juta rakyat Palestin tinggal di wilayah itu. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg