Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

MALAYSIA

Penduduk ‘perantau’ teruja pulang mengundi

Jul 19, 2023 | 04:40 PM



KORESPONDEN MALAYSIA

Kurang sebulan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan, ramai pengundi luar sudah membuat persiapan untuk pulang ke negeri masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab mengundi.

Rata-rata mereka yang ditemui sudah mula membuat tempahan tiket penerbangan dan bas, selain memohon cuti kerja untuk pulang mengundi.

Bagi Encik Mohammed Zamri Mohamad, 38 tahun, dari Bandar Penawar, Johor, beliau akan pulang ke Kelantan menaiki bas selepas menghantar isterinya pulang ke Negeri Sembilan untuk mengundi.

“Mulanya saya tak endah soal balik mengundi kerana bebanan kos yang agak tinggi. Tetapi apabila difikirkan balik, ini soal tanggungjawab dan ia tidak boleh diabaikan begitu saja.

“Jadi pada 10 Ogos nanti saya akan hantar isteri pulang ke Seremban, Negeri Sembilan, kemudian dari Negeri Sembilan saya akan menaiki bas pula balik ke Kelantan kerana tiket penerbangan agak mahal dan mahu elak penat memandu,” katanya.

Beliau berharap pemimpin dan parti yang dipilih rakyat kelak dapat menyelesaikan segera isu-isu setempat termasuk yang membabitkan keperluan air bersih, harga barangan yang semakin meningkat dan kemudahan awam yang perlu dinaik taraf di Kelantan.

Cik Aslina Abu Bakar, 34 tahun, dari Petaling Jaya, Selangor, berkata beliau tidak dapat pulang ke kampung di Terengganu kerana terpaksa bertugas selaku petugas media dan akan melakukan undi pos untuk PRN nanti.

“Saya perlu bertugas membuat liputan perjalanan pilihan raya pada hari pengundian nanti, justeru terpaksa melakukan undi pos yang disediakan untuk petugas media.

“Tidak kisah cara apa sekali pun, yang penting saya dapat tunai tanggungjawab mengundi. Satu undi pun sangat penting, jadi jangan ambil mudah tanggungjawab mengundi,” katanya.

Penjawat awam, Encik Abdullah Din, 51 tahun, yang tinggal di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, akan pulang ke Kepala Batas, Kedah, untuk mengundi.

“Kempen politik sekarang pun sudah panas, jadi semangat untuk balik mengundi pun berkobar-kobar.

“Saya, isteri dan anak-anak akan pulang mengundi ke Kedah dan berharap pemimpin yang dipilih nanti dapat memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

“Jangan hanya berkobar-kobar ketika kempen saja, tetapi apabila sudah dapat mandat, tidak ‘perform’ sebaiknya. Jangan kecewakan pengundi,” katanya.

Sementara itu, kakitangan swasta, Encik Shah Faizal Sharifuddin, 42 tahun, dari Kuala Lumpur pula berkata beliau dan isteri tidak mempunyai masalah untuk pulang mengundi kerana kedua-dua mereka berasal dari Negeri Sembilan.

“Saya akan hantar isteri mengundi dulu di Seremban, kemudian akan pulang ke Kuala Pilah untuk mengundi di sana.

“Rasa teruja ada, risau pun ada. Teruja kerana mahu sekali lagi tunaikan tanggungjawab mengundi dan rasa bimbang pula jika parti yang kita sokong tewas dalam gelanggang PRN nanti,” katanya.

Beliau meletakkan harapan tinggi supaya negeri kelahirannya terus maju di bawah pimpinan ahli politik dan kerajaan yang tidak mengambil kesempatan serta bekhidmat untuk rakyat sepenuh hati.

Enam negeri di Malaysia iaitu Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan akan berdepan PRN dengan tarikh pengundian ditetapkan pada 12 Ogos depan, manakala 8 Ogos tarikh mengundi awal dan 29 Julai tarikh penamaan calon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >