Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengantin temui ajal selepas nikah

Jul 8, 2023 | 1:00 PM
KISAH PILU: Seorang wanita menghembuskan nafas terakhir selepas lima minit diijabkabulkan. Beliau meninggal dunia, dipercayai akibat kelelahan dan hipertensi, selepas menandatangani dokumen pernikahannya.
KISAH PILU: Seorang wanita menghembuskan nafas terakhir selepas lima minit diijabkabulkan. Beliau meninggal dunia, dipercayai akibat kelelahan dan hipertensi, selepas menandatangani dokumen pernikahannya. - - Foto: INSTAGRAM

PALEMBANG: Seorang pengantin perempuan di Indonesia meninggal dunia pada majlis perkahwinannya pada 2 Julai, hanya lima minit selepas menandatangani dokumen perkahwinannya.

Menurut media Indonesia, wanita tersebut, Cik Dwi Oktaviani, berusia 39 tahun, meninggal dunia akibat keletihan dan hipertensi.

Dia nampaknya sakit pada hari-hari menjelang perkahwinannya, kata ahli keluarga, dan sebenarnya dimasukkan ke hospital sehari sebelum majlis. Penyakit sebenar beliau tidak dinyatakan.

“Adik saya meninggal setelah beberapa menit ijab kabul. Kami tidak menduga peristiwa itu, namanya juga ajal,” ujar salah satu keluarga korban yang enggan menyebutkan namanya tersebut, Isnin lalu (3/7/2023), yang ditukil laman berita Sripoku.com.

Beliau mengatakan mempelai wanita meninggal dunia kerana sakit.

“Dia itu sakit. Pokoknya sakit, tidak perlu dijelaskan sakit apa,” terang dia.

Video kejadian tular di media sosial tidak lama selepas kejadian yang berlaku di Palembang, Sumatera Selatan.

Satu video menunjukkan sebuah kenderaan dengan perkataan “mobil jenazah” (jenazah) memasuki halaman yang dihiasi dengan hiasan perkahwinan. Terdapat sepanduk yang menunjukkan wajah pasangan itu dan teks bertulis “perkahwinan”.

Tangisan kedengaran di latar belakang ketika keranda dikeluarkan dari van jenazah dan masuk ke dalam sebuah rumah.

Kapsyen dalam video itu berbunyi: “Perkahwinan itu penuh dengan kebahagiaan selama lima minit, kemudian bertukar menjadi kesedihan”.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg