Pengasas bersama Kumpulan Djarum, Michael Bambang Hartono meninggal dunia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengasas bersama Kumpulan Djarum, Michael Bambang Hartono meninggal dunia

Punca kematian belum dipastikan
Mar 20, 2026 | 11:40 AM

Pengasas bersama Kumpulan Djarum, Michael Bambang Hartono meninggal dunia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Michael Bambang Hartono meninggal dunia, Kumpulan Djarum, Bank Central Asia, orang terkaya Indonesia, Robert Budi Hartono, sukan bridge
Michael Bambang Hartono, seorang jutawan Indonesia yang bersama adiknya mengendalikan Kumpulan Djarum, meninggal dunia pada 19 Mac pada usia 86 tahun. - Foto REUTERS

JAKARTA: Michael Bambang Hartono, seorang jutawan Indonesia yang bersama adiknya mengendalikan salah sebuah konglomerat terbesar negara, Kumpulan Djarum, meninggal dunia pada usia 86 tahun pada 19 Mac.

“Dengan penuh dukacita, keluarga Djarum mengumumkan pemergian salah seorang pemimpin syarikat kami, Michael Bambang Hartono,” kata Djarum dalam satu kenyataan yang disiarkan di Instagram mereka.

“Kami mengucapkan terima kasih atas dedikasi dan khidmatnya,” tambah kenyataan itu.

Punca kematian tidak dapat dipastikan dengan segera.

Bersama adiknya Robert Budi Hartono, Michael Bambang dianggarkan bernilai $43.8 bilion, menurut Forbes pada 2025.

Ini sekali gus meletakkan mereka di tangga teratas senarai orang kaya Indonesia.

Keluarga keturunan Cina-Indonesia ini terkenal dengan rasa malu terhadap media dan tidak banyak mendedahkan tentang kehidupan peribadi atau pegangan perniagaan mereka yang luas.

Adik-beradik itu mengambil alih Djarum, pengeluar rokok cengkih utama dalam pasaran tembakau nombor dua di dunia, selepas kematian bapa mereka pada 1963.

Sejak itu, mereka telah mengembangkan sayap dalam pelbagai sektor termasuk elektronik, makanan dan minuman, ladang kelapa sawit, menara telekomunikasi dan teknologi, dengan kebanyakannya kini dikendalikan oleh anggota keluarga yang lebih muda.

Djarum juga mengambil alih kelab bola sepak Como di Italy pada 2019.

Kebanyakan kekayaan keluarga itu berasal daripada 54.9 peratus pegangan majoritinya dalam Bank Central Asia, bank terbesar di Indonesia dengan modal pasaran mencecah lebih $50 bilion.

Mereka melabur dalam kegiatan memberi pinjaman dan pelbagai aset lain susulan krisis kewangan Asia 1998 dan kejatuhan mantan Presiden Suharto.

Selain itu, portofolio keluarga juga mencakup kepemilikan hartanah utama di Jakarta serta produk elektronik berjenama Polytron.

Pada 2025 mereka mulai memasuki perniagaan kendaraan elektrik.

Pada 2018, Michael Bambang menjadi salah seorang pesaing dalam olahraga bridge tertua di Sukan Asia yang dianjurkan di Jakarta, memenangi pingat gangsa.

Bridge adalah olahraga menguji kecerdasan otak dan kepintaran strategi, melibatkan penggunaan kad dan dimainkan seramai empat orang

Taikun itu, yang telah bergiat dalam permainan ini sejak usia enam tahun, memberitahu Reuters bahawa keperluan untuk bridge tidak begitu berbeza dengan pekerjaannya seharian.

“Proses membuat keputusan adalah sama dalam bridge dan perniagaan. Anda mengumpulkan maklumat dan data, membuat kesimpulan, dan merancang strategi,” katanya. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg