Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengasas Wikileaks dibebaskan dari penjara Britain terbang pulang ke Australia

Jun 26, 2024 | 2:04 PM
Pengasas WikiLeaks Julian Assange (tengah) dan peguamnya Cik Jennifer Robinson (kanan) berjalan melalui kawasan keselamatan sebaik tiba di Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat di  Kepulauan Mariana Utara di Saipan, pada 26 Jun 2024,
Pengasas WikiLeaks Julian Assange (tengah) dan peguamnya Cik Jennifer Robinson (kanan) berjalan melalui kawasan keselamatan sebaik tiba di Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat di Kepulauan Mariana Utara di Saipan, pada 26 Jun 2024, - Foto AFP

LONDON: Pengasas WikiLeaks Julian Assange telah dibebaskan dari penjara Britain dan dalam perjalanan pulang ke negara asalnya Australia pada 24 Jun, selepas perjuangannya selama 12 tahun menentang ekstradisi ke Amerika Syarikat berakhir dengan perjanjian pengakuan.

Assange yang penuh kontroversi itu, telah menghabiskan lima tahun lalu di penjara dengan kawalan keselamatan tinggi di tenggara London, dan hampir tujuh tahun sebelum itu bersembunyi di kedutaan Ecuador di ibu negara Britain, kerana cuba mengelak penangkapan yang boleh membawa kepada hukuman penjara seumur hidup.

Pada 24 Jun, Assange, 52 tahun, bersetuju untuk mengaku bersalah atas pertuduhan jenayah berkaitan dakwaan peranannya membocorkan maklumat sulit Amerika Syarikat.

Laman web yang diasaskannya, Wikileaks didakwa menerbitkan hampir setengah juta dokumen rahsia ketenteraan yang berkaitan dengan perang Amerika di Iraq dan Afghanistan.

Perjanjian pengakuan itu merangkumi kemelut undang-undang yang telah lama berjalan, membenarkan Assange mengelak daripada penjara di Amerika dan kembali ke Australia sebagai orang bebas - tetapi tidak sehingga dia membuat penampilan mahkamah di wilayah terpencil Amerika di Pasifik.

Assange meninggalkan penjara Belmarsh di Britain pada 24 Jun, sebelum diikat jamin oleh Mahkamah Tinggi Britain dan menaiki penerbangan petang itu, kata Wikileaks dalam satu kenyataan yang disiarkan di platform media sosial X. - Agensi Berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg