Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengganas serangan Christchurch hadapi 50 tuduhan membunuh, kata polis NZ

Apr 04, 2019 | 03:51 PM



SYDNEY - Lelaki warga Australia yang didakwa membunuh 50 jemaah Muslim dalam serangan di dua masjid Christchurch akan menghadapi 50 tuduhan membunuh dan 39 percubaan membunuh, kata polis New Zealand hari ini (Khamis, 4 Apr).



"Tuduhan lain masih dipertimbangkan," kata polis dalam satu kenyataan, tanpa menjelaskan tuduhan tersebut.



Brenton Tarrant, warga Australia berusia 28 tahun, yang disyaki seorang pelampau kulit putih, sebelum ini dikenakan satu tuduhan pembunuhan berikutan serangan itu dan telah ditahan reman tanpa rayuan.



Dia dijangka kembali ke mahkamah esok dan akan tampil menerusi video di mahkamah Christchurch daripada penjara keselamatan maksimum di Auckland.



Nota daripada mahkamah yang dikeluarkan minggu ini berkata penampilannya dijangka sekejap sahaja dan akan "menentukan kedudukan tertuduh mengenai perwakilan undang-undang" serta beberapa perkara lain.



Tarrant memecat peguam yang dilantik mahkamah setelah penampilan mahkamah pertamanya pada 16 Mac lalu, menimbulkan keprihatinan bahawa dia hendak mewakili dirinya sendiri dan menggunakan perbicaraan sebagai platform menyebar propaganda.



Mahkamah berkata Tarrant tidak perlu melakukan sebarang rayuan pada perbicaraan esok. Ia juga telah menghalang media daripada merakam atau mengambil gambar tertuduh. - REUTERS, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >