Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Penggiat seni M’sia sukar dapat ‘kerja’

Oct 24, 2023 | 02:24 PM



KUALA LUMPUR: Hanya 44 karya terpilih berbanding keseluruhan 3,000 syarikat produksi yang memohon perolehan stesen penyiaran nasional, Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 2023, setakat ini.


Penakatan penerbit televisyen dan penggiat seni didakwa kini dalam situasi sukar berikutan tidak mendapat ‘pekerjaan’ daripada RTM yang menjadi tempat penerbit televisyen bergantung sejak 1985 lagi.

Perkara itu didedahkan Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) ketika tampil memperjuangkan nasib penggiat seni yang terkesan, terutama dalam situasi ekonomi meleset dan kos sara hidup meningkat.

Lantaran itu Presiden PTVM, Datuk Jurey Latiff Rosli, memohon Menteri Komunikasi dan Digital, Encik Fahmi Fadzil, pertimbangkan untuk membantu penggiat seni terutama penerbit televisyen yang terjejas.

“Ini berikutan hanya 44 syarikat produksi terpilih untuk menerima perolehan RTM, tahun ini. Ia cukup menyedihkan kerana penggiat seni khususnya penerbit televisyen inginkan satu hasil yang terancang demi kelangsungan hidup.

“Kami kecewa kerana nasib penerbit bagaikan tiada pembelaan. Kami nak mengadu kepada siapa lagi?

“Kami nak hidup dan hidangkan makanan atas meja untuk keluarga. Namun, jika hanya 44 syarikat dapat perolehan, bagaimana dengan nasib penerbit yang lain?” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.


Lebih menghampakan kata Datuk Jurey, sesi ‘townhall’ hampir 500 penggiat seni bersama Encik Fahmi baru-baru ini, tiada pengumuman bajet tambahan untuk membantu penerbit televisyen, memperlihatkan seolah-olah kebajikan golongan itu tidak diambil berat.

“Sesi ‘townhall’ cukup penting buat penggiat seni. Disebabkan itu, ramai yang hadir untuk dengar apakah Prosedur Operasi Standard (SOP) baru RTM. Ini kerana perolehan merosot pada 2023.

“Kami hadir dengan harapan mungkin menteri akan umumkan bajet tambahan atau ingin bantu penerbit yang kini berdepan situasi agak teruk.

“Mungkin akan bentangkan hala tuju RTM dan mohon bantuan tambahan daripada kerajaan supaya RTM boleh tambah program, sekali gus wujudkan peluang pekerjaan. Namun, kami pulang dengan perasaan hampa,” katanya.

Sebaliknya, beliau berkata Encik Fahmi hanya memohon peruntukan untuk pemerkasaan rangkaian 5G pada sesi sidang media selepas sesi ‘townhall’ berkenaan.

“Ketika era Covid-19, kami disuntik dana yang banyak untuk rangsang semula industri, tetapi ini tidak lagi berlaku sekarang. Sebelum ini, keadaan kami tidak seteruk hari ini. Apa yang diluah atau dicadangkan pasti dapat perhatian kerajaan,” tambah Datuk Jurey.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >