Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Langkah ST sahut perubahan penggunaan berita, perluas jangkauan pembaca

Oct 23, 2023 | 06:30 PM



Gangguan paling utama dalam bilik berita mungkin berupa ancaman terhadap tugas asas yang kami lakukan sebagai wartawan – berhubungan dengan khalayak kami.

Terdapat beberapa nasihat di laman web Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang direka pada awal perjuangan global menentang pandemik Covid-19.

Di satu pihak, ia mengesyorkan agar kita mendengar nasihat dan cadangan daripada pihak berkuasa negara dan tempatan kita, serta mengikuti saluran berita yang dipercayai.

Di samping itu, ia juga menyatakan supaya “minimumkan suapan berita”.

Kita sudah melampaui hari-hari terburuk pandemik tetapi berapa ramai daripada kita boleh menyatakan bahawa walaupun sekarang, tidak ada tahap kesahihan terhadap apa yang disyorkan oleh WHO beberapa tahun lalu?

Soal “gangguan” sentiasa menjadi bahagian yang tidak dapat dipadamkan dalam kamus kami tetapi apa yang mungkin menjadi gangguan paling penting ialah ancaman terhadap teras yang kami lakukan, dan itulah perhubungan yang kami ada dengan audiens kami.

Institut Reuters pada 2023 melaporkan fakta menyedihkan bahawa akses terus kepada penerbitan berita melalui URL atau aplikasi kami terus berkurangan setiap tahun.

Apabila kita bercakap tentang istilah seperti “mengelak berita” dan “keletihan berita”, kita perlu mengiktiraf ini sebagai gejala berbahaya dan difahami boleh mengancam kerja kita lebih daripada teknologi, jika kita tidak mengambil langkah yang betul dan pengajaran daripadanya.

Sebahagian daripada ini boleh dikaitkan dengan keletihan umum. Tetapi kami menyelami jiwa kami sendiri sebagai wartawan. Kami mempunyai soalan untuk ditanya, dan bertanya kepada diri sendiri.

Seseorang mungkin bertanya berapa banyak perkara ini bukan melibatkan soal keletihan, tetapi pengelakan yang lebih aktif, yang muncul daripada tahap kepercayaan yang semakin berkurangan atau apa yang dilihat sebagai relevan.

Satu lagi ialah pengelakan yang semakin meningkat ini adalah akibat daripada trend masyarakat kita sendiri terhadap polarisasi. Apakah peranan kita dalam membangkitkannya atau mengurangkannya?

Dan akhirnya, apa yang boleh dan patut dilakukan oleh media berita? Terutamanya kita yang menggelarkan diri kita sebagai “arus perdana”, dan yang bercita-cita ke arah mewujudkan kewartawanan khidmat awam terbaik.

Walau apa pun jawapan kepada soalan-soalan ini, saya percaya bahawa kebanyakannya akan berkisar pada meraih keseimbangan antara kepercayaan yang semakin meningkat dengan jangkauan dalam masyarakat kita.

Di Singapura, kami bernasib baik kerana mengekalkan tahap kepercayaan yang tinggi terhadap media berbanding penerbit utama di seluruh dunia. Sehingga 73 peratus responden menganggap The Straits Times (ST) boleh dipercayai, naik tiga peratusan mata dari 2022.


Kami juga menyaksikan peningkatan dua peratusan mata dalam jangkauan dalam talian daripada 40 peratus kepada 42 peratus.

Mencuba yang terbaik untuk membina kepercayaan arus perdana yang luas akan menimbulkan pergeseran dan tentangan yang lebih kuat.

Serangan terhadap wartawan dan kewartawanan telah menjadi arus perdana di seluruh dunia.

Berita palsu dan maklumat salah – istilah yang hampir kedengaran kuno – kembali timbul dek didorong oleh kecerdasan buatan (AI) dan penipuan.

Ia adalah perjuangan yang sukar untuk semua bilik berita.

Terdapat juga kumpulan pembaca yang mengelak daripada berita, terutamanya yang menyusahkan mereka atau terasa jauh dan tidak relevan dengan kehidupan mereka.

Terdapat satu lagi cabaran kepada bilik berita kami. Mereka cuma baca cerita yang mereka minati.

Salah satu cerita terbaik yang dibaca dalam ST beberapa bulan lalu ialah tentang seekor beruang di zoo China. Julai dan Ogos adalah bulan yang luar biasa berat untuk berita politik di Singapura. Tetapi beruang itu, ternyata, menjadi bahan berita politik utama untuk sarapan pagi.


Namun, bilik berita tidak boleh hidup dengan cerita beruang sahaja. Anda pasti boleh menjangkakan markah kepercayaan akan berkurangan.

Jadi apakah yang perlu dilakukan oleh bilik berita di tengah-tengah realiti ini?

Tiada masa yang lebih baik daripada sekarang untuk kita komited semula kepada visi kewartawanan berkhidmat untuk umum. Ia akan menjadi panduan yang akan menentukan semua yang kita lakukan.

Awal 2023i, kami telah membentuk pasukan baru yang dipanggil ST Now untuk memberi pembaca kami gambaran tentang perkara yang berlaku dan trending sekarang – di Singapura dan di seluruh dunia.


Satu lagi ialah cara kita menangani keletihan berita ialah mempelbagaikannya. Kami akan menyediakan kandungan yang pelbagai dalam bentuk ciri, bentuk lebih panjang dan kewartawanan naratif.

Kami juga akan terus komited untuk menjangkau khalayak kami merentas platform seperti podcast serta penceritaan interaktif dan visual.

Adakah semua ini akan dapat melupuskan keletihan berita dan menstabilkan serta meningkatkan khalayak pembaca? Kami tidak tahu.

Tetapi apa yang kita tahu ialah bagi khalayak yang masih membaca ST, mereka akan mengharapkan lebih daripada kami. Sekiranya mereka mendapat maklumat yang lebih baik, maka kami akan memenuhi matlamat kewartawanan kami untuk berkhidmat kepada awam.


Bidang kedua melibatkan apa yang saya panggil “mengasah deria kita” dengan mengiktiraf kepentingan strategi bilik berita. Untuk ini, kami memutuskan untuk mempunyai pasukan wartawan yang memberi tumpuan kepada beberapa perkara.

Pertama, ia akan mengkaji bagaimana industri dan khalayak kami berkembang. Kedua, ia akan menumpukan pada cara pasukan kami boleh bekerjasama dan bekerja lebih baik bersama-sama.

Yang mendasari segala yang kita lakukan adalah budaya yang membentuk kita. Ini adalah bidang tumpuan luas untuk bilik berita kami.

Keberanian untuk menguji sama ada idea baru atau proses kerja baru juga perlu diamalkan. Bilik berita masa depan mestilah yang menggalakkan percubaan, menggalakkan kreativiti dan menerima pengajaran yang tidak dapat dielakkan daripada kesilapan dan kegagalan.

Penulis ialah Editor ‘The Straits Times’. Ini adalah petikan yang disunting daripada ucapannya yang disampaikan dalam Plenari Media Digital Asia 2023, Persatuan Dunia bagi Akhbar dan Penerbit Berita (Wan-Ifra).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >