Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Penggubal undang-undang AS usul rang lindungi maklumat pengguna TikTok

Rang terkini itu bagi tangani kekhuatiran apabila maklumat rakyat Amerika digunakan aplikasi media sosial asing
Jun 15, 2023 | 11:56 AM



WASHINGTON: Sekumpulan enam senator dan dua anggota Dewan Perwakilan pada Rabu mengusulkan rang bagi melindungi maklumat peribadi rakyat Amerika Syarikat daripada digunakan oleh musuh-musuh negara itu.


Rang tersebut adalah yang terkini dalam beberapa usul yang bertujuan menangani kekhuatiran tentang maklumat rakyat Amerika digunakan oleh aplikasi media sosial asing seperti TikTok.

Pengerusi Jawatankuasa Kewangan Senat, Encik Ron Wyden, anggota parti Demokrat, berkata Rang itu “akan menutup saluran maklumat daripada diakses oleh negara-negara musuh”.

Di samping itu, ia turut menyekat TikTok daripada mengirim maklumat peribadi rakyat Amerika kepada China, dan membolehkan negara-negara yang mempunyai perlindungan privasi yang kukuh bagi pererat hubungan mereka”.

Ramai penggubal dasar Amerika berkata TikTok milik China itu menimbulkan risiko keselamatan yang serius terhadap rakyat Amerika dan telah menyuarakan kebimbangan tentang kemungkinan China menyebarkan pengaruh melalui wadah yang digunakan oleh lebih 150 juta rakyat Amerika.

TikTok menafikan adanya penyalahgunaan maklumat dan berkata ia telah membelanjakan lebih AS$1.5 bilion ($2 bilion) bagi menyediakan langkah-langkah keselamatan bagi melindungi maklumat.

TikTok berkata pada Rabu bahawa ia “sedang melakukan usaha menyekat akses maklumat yang dilindungi kepada pengguna Amerika, kepada para pekerja – di mana sahaja mereka berada”.

Syarikat itu menambah bahawa hanya para pekerja dari anak syarikatnya yang berpangkalan di Amerika yang ditugaskan melindungi kepentingan keselamatan Amerika daripada disebarkan.

Rang tersebut akan mengarahkan Jabatan Perniagaan mengenal pasti ciri-ciri maklumat peribadi yang boleh menggugat keselamatan Amerika dan menyenaraikan negara-negara berisiko, di mana penyebaran maklumat boleh disekat.

Rang itu juga akan mengawal penyebaran maklumat peribadi melalui firma dan pengantara seperti TikTok, secara langsung kepada pemerintah asing yang terhad.

Ia akan mengenakan denda pengawalan penyebaran ke atas eksekutif kanan yang tahu atau harus tahu bahawa para pekerja mereka diarah supaya menyebarkan maklumat peribadi rakyat Amerika.

Pada Mac 2023, jawatankuasa Dewan Perwakilan Amerika mengundi selaras dengan pendirian partinya bagi memberi kuasa kepada Presiden Amerika, Encik Joe Biden (daripada parti Demokrat) supaya mengharamkan TikTok milik China itu, tetapi Rang tersebut tidak diluluskan.

Kemudian pada Mei 2023, TikTok menyaman untuk menghalang larangan yang dirancang oleh anggota Montana, negeri pertama di Amerika yang cuba mengharamkan khidmat perkongsian video singkat itu.

Encik Wyden berkata kemungkinan mahkamah akan menolak usaha Montana mengharamkan TikTok menjadikannya penting bagi Kongres memberi kuasa kepada presiden untuk mengharamkannya atau menguatkuasakan sekatan terhadap TikTok dan aplikasi milik negara lain. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >