Pengguna di Indonesia kurangkan belanja Raya dek keadaan tidak menentu

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengguna di Indonesia kurangkan belanja Raya dek keadaan tidak menentu

Mar 18, 2026 | 2:50 PM

Pengguna di Indonesia kurangkan belanja Raya dek keadaan tidak menentu

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
pengguna, belanja, indonesia, raya
Para penumpang yang membawa bagasi bagi menyambut Raya di kampung, dilihat menunggu untuk menaiki kereta api di stesen Pasar Senen pada 16 Mac 2026 - Foto REUTERS

JAKARTA: Lonjakan perbelanjaan menyambut lebaran, yang biasanya disokong oleh mudik atau gelombang pergerakan pulang kampung dan Tunjangan Hari Raya (THR), mungkin kehilangan momentum pada 2026 kerana mobiliti yang lebih lemah dan isi rumah yang lebih hemat berbelanja.

Kementerian Pengangkutan menganggarkan bahawa hanya 143.91 juta orang akan mudik pada 2026, turun 6.55 peratus daripada 154 juta yang direkodkan pada 2025.

Pada masa yang sama, pengagihan THR atau bonus oleh majikan, satu lagi tonggak utama menjana ekonomi Ramadan, sedang berjalan tetapi masih tidak sekata merentasi kumpulan pekerja.

Satu tinjauan oleh Litbang Kompas, cabang penyelidikan harian Kompas, yang dijalankan dari 6 hingga 10 Mac, menunjukkan bahawa hanya 27 peratus pekerja, terutamanya penjawat awam, telah menerima THR.

Lebih sepertiga responden sektor swasta masih belum menerimanya, dan 23.4 peratus masih menunggu THR walaupun telah dimaklumkan bahawa mereka akan menerimanya.

Peraturan semasa menetapkan bahawa THR mesti dibayar selewat-lewatnya tujuh hari sebelum Hari Raya, yang dijangka jatuh pada 20 Mac atau 21 Mac.

Kelewatan itu telah menjejaskan Encik Baihaqi, seorang pekerja firma pemula Gen Z, yang masih belum menerima THR setelah tarikh berakhir.

“Saya mahu simpan 70 peratus daripada THR, sebaik-baiknya dalam emas digital memandangkan harga telah sedikit turun, dan selebihnya kepada perbelanjaan peribadi. Tetapi saya belum menerima THR saya,” katanya.

Menurutnya, keutamaan kewangannya telah berubah, didorong oleh peningkatan bil dan pandangan yang lebih berhati-hati terhadap ekonomi dan pasaran buruh akibat konflik di Timur Tengah.

Sementara itu, Cik Akasha, yang merupakan sebahagian daripada isi rumah dwi pendapatan, berkata beliau dan suaminya tidak layak menerima THR pada 2026 disebabkan status pekerjaan mereka sekarang.

Salah seorang daripada mereka berpindah ke pekerjaan baru, manakala seorang lagi bekerja secara kontrak.

Akibatnya, mereka tidak mempunyai bajet khusus untuk perbelanjaan Hari Raya, satu perubahan yang ketara berbanding 2025, apabila mereka boleh memperuntukkan 30 peratus daripada THR untuk perbelanjaan peribadi dan selebihnya untuk keperluan dan simpanan keluarga.

“Tiada perbelanjaan peribadi tahun ini, tiada pakaian baru untuk Hari Raya,” kata beliau sambil menambah bahawa perbelanjaan berkaitan keluarga diambil daripada simpanan sedia ada dan telah dikurangkan sekitar 70 peratus.

Isi rumahnya juga telah mengurangkan pelan untuk mudik, yang biasanya dilakukannya hampir setiap tahun bersama suaminya. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg