ISLAMABAD: Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk melanjutkan gencatan senjata dengan Iran tanpa had masa bukan sekadar langkah taktikal ketenteraan, tetapi turut mencerminkan perubahan penting dalam landskap diplomasi global.

Dalam kenyataannya, Encik Trump secara terbuka mengiktiraf peranan kepimpinan Pakistan, khususnya Perdana Menteri Encik Shehbaz Sharif dan Panglima Tentera Pakistan, Marsyal Syed Asim Munir dalam mendorong keputusan tersebut.