Pengikut tarekat Syattariyah di Aceh, Jawa Timur sambut Aidilfitri lebih awal

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengikut tarekat Syattariyah di Aceh, Jawa Timur sambut Aidilfitri lebih awal

Mar 19, 2026 | 5:59 PM

Pengikut tarekat Syattariyah di Aceh, Jawa Timur sambut Aidilfitri lebih awal

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Ribuan pengikut Tarekat Syattariyah di Aceh, Indonesia menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Khamis, 19 Mac lebih awal daripada tarikh rasmi yang ditetapkan kerajaan. Sambutan itu berlangsung di Kabupaten Nagan Raya, apabila pengikutnya menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Peuleukung di Kecamatan Seunagan Timur selepas berpuasa selama 30 hari.
Ribuan pengikut Tarekat Syattariyah di Aceh, Indonesia menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Khamis, 19 Mac lebih awal daripada tarikh rasmi yang ditetapkan kerajaan. Sambutan itu berlangsung di Kabupaten Nagan Raya, apabila pengikutnya menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Peuleukung di Kecamatan Seunagan Timur selepas berpuasa selama 30 hari. - Foto Instagram Seputar Aceh

NAGAN RAYA/PONOROGO: Ribuan pengikut Tarekat Syattariyah di Nagan Raya, Aceh, menyambut Hari Raya Aidilfitri 1447 Hijrah lebih awal pada Khamis, 19 Mac, mencerminkan kepelbagaian amalan penentuan awal Syawal dalam kalangan umat Islam di Indonesia.

Sambutan itu ditandai dengan pelaksanaan solat sunat Aidilfitri di Masjid Peuleukung, Seunagan Timur, selepas jemaah menyempurnakan ibadah puasa Ramadan selama 30 hari.

Bupati (ketua Daerah) Nagan Raya, Teuku Raja Keumangan, berkata penetapan 1 Syawal bagi pengikut tarekat tersebut dibuat berdasarkan kaedah tradisional yang telah lama diamalkan. “Penetapan ini menggunakan kaedah Hisab Bilangan Lima, yang telah digunakan secara turun-temurun di Nagan Raya selama lebih 200 tahun,” katanya kepada wartawan.

Mengulas perbezaan tarikh sambutan Aidilfitri dengan pemerintah atau kelompok lain, beliau menegaskan perkara itu bukan sesuatu yang luar biasa. “Di Nagan Raya ini sudah biasa, tidak ada masalah kerana ia telah berlangsung ratusan tahun. Ada yang menggunakan rukyah, ada yang menggunakan hisab. Di peringkat nasional pun perbezaan sering berlaku,” katanya.

Beliau turut menggesa masyarakat supaya terus mengekalkan keharmonian dan saling menghormati walaupun terdapat perbezaan dalam amalan keagamaan.

Menurut beliau, penetapan Aidilfitri lebih awal ini merupakan sebahagian daripada kekayaan tradisi keagamaan di Aceh yang diwarisi daripada ulama terdahulu. Amalan tersebut masih dipertahankan oleh pengikut tarekat sebagai tanda penghormatan terhadap warisan ilmu dan kaedah yang telah lama diamalkan.

Fenomena sambutan Aidilfitri lebih awal turut berlaku di Jawa Timur, apabila ratusan jemaah Pondok Pesantren Daarul Islaam Liahlissunnah Waljamaah di Ponorogo turut meraikan 1 Syawal pada hari yang sama.

Para jemaah dilihat berkumpul di Masjid Jami’ seawal pagi bagi menunaikan solat Aidilfitri secara berjemaah, dengan suasana perayaan yang sederhana tetapi penuh makna.

Menariknya, jemaah yang hadir bukan sahaja dari Ponorogo, malah dari daerah lain seperti Magetan, Madiun, Kediri dan beberapa kawasan di Jawa Tengah.

Pengasuh pondok pesantren tersebut, Kiai Parlan Ahmad Khumaidi, menjelaskan bahawa perbezaan ini berpunca daripada tarikh permulaan puasa yang lebih awal. “Puasa kami bermula hari Selasa (18 Februari 2026), jadi pada hari ini genap 30 hari. Jemaah juga datang dari pelbagai daerah seperti Madiun, Kediri dan Jawa Tengah,” katanya.

Beliau menambah bahawa perbezaan dalam penetapan Aidilfitri adalah sesuatu yang biasa kerana setiap kumpulan mempunyai kaedah tersendiri dalam menentukan awal Ramadan.

Walaupun telah menyambut Aidilfitri, pihak pondok pesantren tetap mengambil langkah berhati-hati bagi menjaga sensitiviti umat Islam lain yang masih berpuasa. Takbir hanya dikumandangkan di dalam masjid tanpa menggunakan pembesar suara luar bagi mengelakkan gangguan kepada masyarakat sekitar.
Langkah tersebut mencerminkan usaha mengekalkan keharmonian dalam masyarakat walaupun terdapat perbezaan amalan.

Pelaksanaan solat Aidilfitri di pondok tersebut turut mendapat pengawasan pihak polis bagi memastikan keadaan berjalan lancar.

Ketua Polis Sektor Sukorejo, IPTU Agus Tri Cahyo, berkata kehadiran anggota polis bertujuan memberi jaminan keselamatan kepada jemaah. “Kami hadir untuk memastikan masyarakat dapat beribadah dengan aman dan selesa. Di sini terdapat sekitar 100 jemaah,” katanya.

Selepas solat Aidilfitri, jemaah dan santri (pelajar pesantren) mengadakan doa bersama sebelum menikmati jamuan secara sederhana di serambi masjid sebagai tanda kesyukuran. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg