Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengubahan wang haram: Rosmah mungkin dikenakan 20 tuduhan

Sep 19, 2018 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor, isteri bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, dijangka dikenakan sebanyak 20 tuduhan pengubahan wang haram tidak lama lagi dalam kes yang dikaitkan dengan dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor New Straits Times (NST) dalam talian semalam.



Akhbar itu berkata penyiasat sudah "menyelesaikan perkara yang belum selesai" dalam siasatan mereka ke atas Datin Rosmah, 66 tahun.



Beliau disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jun lalu dalam satu soal siasat yang dipercayai dikaitkan dengan siasatan terhadap SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.



Datuk Najib bulan lalu dituduh melakukan pengubahan wang haram berhubung pemindahan elektronik berjumlah RM42 juta ($14 juta) daripada SRC International ke akaun bank peribadinya. Beliau mengaku tidak bersalah dan dbebaskan dengan ikat jamin.



Beliau dan isterinya dilarang meninggalkan Malaysia selepas kekalahannya dalam pilihan raya umum Mei lalu, yang menyaksikan gabungan Barisan Nasional (BN) disingkir oleh gabungan Pakatan Rakyat pimpinan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang kini Perdana Menteri dan melancarkan semula siasatan skandal 1MDB.



Menyebut sumber yang mengetahui mengenai siasatan terhadap Datin Rosmah, NST berkata beliau mungkin dikenakan hingga 20 tuduhan jenayah, kebanyakannya dikaitkan dengan dakwaan pengubahan wang haram.



Salah satu tuduhan tersebut, kata laporan itu, mungkin berkaitan pembelian produk antipenuaan berasaskan hormon dari Amerika Syarikat yang bernilai lebih RM1 juta.



Laporan itu berkata Datin Rosmah disoal oleh SPRM Jun lalu kerana penyiasat percaya dana SRC digunakan untuk membeli suplemen itu.



Suplemen ini dikatakan dapat meningkatkan tahap hormon pertumbuhan lebih 600 peratus.



Mereka yang yakin pada produk itu berkata mereka mengalami peningkatan paras tenaga, tidur lebih baik, peningkatan daya seks, penurunan lemak badan, peningkatan jisim otot dan mempunyai kulit lebih baik.



Menurut sumber yang disebut oleh NST, cek bernilai lebih RM1 juta dikeluarkan kepada seorang doktor bergelar 'Datuk' pada Februari 2015 untuk membeli dua set ubat itu yang bernilai lebih RM500,000 setiap satu.



Nombor akaun yang sama, daripada rekod yang dikatakan berasal daripada siasatan yang didakwa mengaitkan Datuk Najib kepada sebuah akaun bank AmIslamic cawangan Kuala Lumpur yang sekarang sudah ditutup, dapat dilihat pada cek yang dikeluarkan kepada doktor itu.



Akaun bank tersebut dipercayai ditutup beberapa minggu selepas pembayaran itu dibuat.



Doktor itu memberitahu penyiasat bahawa cek tersebut ialah bagi pembelian "dua set ubat", kata NST.



Satu lagi produk ialah makanan kesihatan yang 100 peratus berasaskan tumbuhan untuk merangsang tubuh manusia bagi mengekalkan awet muda, semangat dan tenaga, kononnya dengan sifat antipenuaan.



NST berkata cek bernilai RM100,000 daripada akaun yang sama juga dikeluarkan pada Februari 2015 kepada sebuah syarikat bagi kerja pembinaan di sebuah rumah di Taman Duta.



Rumah itu ialah alamat Datuk Najib dan isterinya yang diketahui. Pembayaran itu dikatakan bagi kerja-kerja yang dilakukan pada pos sentri dan sebuah bilik, antara lain.



NST juga mendapat tahu bahawa doktor tersebut, yang merupakan naib presiden persatuan yang dikaitkan dengan bidang kepakarannya, telah meletak jawatan daripada kedudukannya, dikatakan untuk mengelak persatuan itu terheret ke dalam sembarang tengkarah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >