Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Pengundi 'duduk atas pagar' boleh tumpaskan BN: Rafizi

Oct 20, 2022 | 05:30 AM



GELOMBANG kebangkitan pengundi 2018 yang menjatuhkan pemerintah Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), sudah mula kembali menyokong Pakatan Harapan (PH), kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Rafizi Ramli.



Kebangkitan pengundi, rata-rata mereka yang 'duduk di atas pagar' - iaitu bukan anggota sesebuah parti - membantu meningkatkan jumlah pengundi yang keluar mengundi 82.32 peratus, atau seramai 12,229,514 orang daripada 14,940,624 pengundi yang berdaftar pada PRU14.



Menurutnya, selepas PRU14, timbul kemelut politik yang melanda negara, memperlihatkan tiga Perdana Menteri (PM) dilantik dalam tempoh sepenggal. Ramai pengundi 'atas pagar' itu dikatakan sudah tawar hati untuk keluar mengundi semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) atau Pilihan Raya Negeri (PRN).



Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), beliau berkata semasa PRK Sabah pada September 2020, hanya 66.61 peratus yang keluar mengundi, diikuti PRK Melaka pada November 2021 (65.85 peratus), PRN Sarawak pada Disember 2021 (60.67 peratus) dan PRN Johor pada Mac 2022 hanya 54.92 peratus keluar mengundi.



Encik Rafizi berkata gelombang 2018 yang menumbangkan pemerintahan BN selama 61 tahun dan menyepi seketika, kini sedikit demi sedikit kembali menunjukkan minat mereka kepada perjuangan PH.



"Saya datang tadi ikut jalan belakang dan dapat lihat adik kakak duduk atas motosikal dalam gelap untuk mendengar ceramah. Kalau macam ini gayanya sambutan sebelum kita tahu tarikh penamaan calon dan dilancarkan kempen rasmi pilihan raya, saya berasa sedap hati kemenangan berada di pihak kami. Hanya Allah yang tentukannya.



"Saya rasa gelombang yang kita nampak pada 2018 itu, sedikit demi sedikit telah kembali kepada Pakatan Harapan. Berita baik bukan saja kawan-kawan di (Parlimen) Sekijang, tetapi juga mereka menonton di platform media sosial yang agak khuatir dengan keputusan PRN Johor dan Melaka akan berulang pada PRU kali ini.



"Begitu siri jelajah di tempat lain mendapat sambutan ramai, terutama daripada mereka yang 'di atas pagar', berdasarkan pengamatan saya yang tahu penyokong parti atau bukan, yang hadir setiap ceramah yang kami adakan," kata Encik Rafizi pada ceramah 'Jelajah Trak Ayuh Malaysia' di kawasan undi parlimen Sekijang, Johor, yang disiarkan secara langsung menerusi wadah Facebook, YouTube malam kelmarin.



Siri jejalah trak tersebut - yang diketuai Encik Rafizi dan Naib Presiden PKR, Cik Nurul Izzzah Anwar - sudah bertemu pengundi 'atas pagar' di kawasanundi Parlimen Padang Serai, Sungai Petani dan Merbok di Kedah; Tambun dan Tanjung Malim, Perak; Batu, Kuala Lumpur dan Pandan, Selangor.



Menurut Encik Rafizi, siri jelajah turun padang bertemu rakyat itu bertujuan memberitahu mereka bahawa rakyatlah punya kuasa dan 'boss' negara, dan bukan anggota politik yang rakus mencari kekayaan diri daripada membela rakyat jelata.



"Sebenarnya, yang menang pada 2018 apabila bertukar kerajaan bukan parti politik, bukan Pakatan Harapan yang menang. Yang paling besar menang pada 2018, yang kesannya nampak sampai hari ini adalah seluruh rakyat biasa Malaysia macam saudara saudari, sebab sampai hari ini tidak ada parti bagi tahu mereka yakin akan menang pada PRU nanti.



"Saudara saudari boleh buang calon yang tidak baik, tidak kisah dia datang dari parti mana, parti kita sendiri pun kalau dah bagi tau letak juga calon yang orang tak suka yang tak melambang aspirasi rakyat biasa, jangan undi dia.



"Itulah hikmah dan nikmatnya reformasi dan demokrasi yang sebenar. Sebab kuasa kita, rakyat kita boleh lantik orang yang boleh bekerja dengan kita, kita 'boss', kita tuan punya negara ini, lantik orang yang lebih baik untuk mengurus kekayaan kita," katanya.




"Saya rasa gelombang yang kita nampak pada 2018 itu, sedikit demi sedikit telah kembali kepada Pakatan Harapan. Berita baik bukan saja kawan-kawan di (Parlimen) Sekijang, tetapi juga kepada mereka menonton di platform media sosial yang agak khuatir dengan keputusan PRN Johor dan Melaka akan berulang pada PRU kali ini.

Sebenarnya, yang menang pada 2018 apabila bertukar kerajaan bukan parti politik, bukan Pakatan Harapan yang menang. Yang paling besar menang pada 2018, yang kesannya nampak sampai hari ini, adalah seluruh rakyat biasa Malaysia macam saudara saudari, sebab sampai hari ini tidak ada parti bagi tahu mereka yakin akan menang pada PRU nanti.

- Encik Rafizi Ramli, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam ucapannya pada ceramah 'Jelajah Trak Ayuh Malaysia'.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >