Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengundi AS tolak cara Biden kendalikan konflik di Gaza: Tinjauan

Dec 20, 2023 | 11:31 AM



NEW YORK: Pengundi secara umumnya tidak bersetuju dengan cara Presiden Amerika Syarikat Encik Joe Biden mengendalikan konflik berdarah antara Israel dengan Palestin.


Dapatan hasil tinjauan oleh New York Times (NYT) dan Siena College mendapati warga Amerika yang lebih muda jauh lebih kritikal berbanding pengundi yang lebih tua terhadap tindak-tanduk Israel dan tindak balas pentadbirannya terhadap perang di Gaza.

Pengundi juga memberi isyarat yang jelas bercampur-campur mengenai arah yang perlu diambil oleh penggubal dasar Amerika ketika perang di Gaza semakin hampir memasuki bulan ketiga.

Ini lebih-lebih lagi dengan sikap Israel yang masih tidak menentu akibat serangan Hamas pada 7 Oktober yang membunuh sekitar 1,200 orang, lebih 19,000 rakyat Palestin terkorban di Gaza dan pentadbiran Encik Biden cuba menekan Israel supaya mengurangkan kempen ketenteraannya.

Ramai rakyat Amerika mahu Israel meneruskan kempen ketenteraannya - sama jumlahnya dengan mereka yang mahu ia dihentikan untuk mengelakkan lebih banyak korban awam.

Perpecahan itu nampaknya meletakkan Encik Biden dengan beberapa pilihan yang sesuai dari segi politik.

Hasil tinjauan pendapat NYT dan Siena College itu juga memberi petanda bukan saja kepada Encik Biden ketika beliau memasuki tahun pemilihan semula 2024 tetapi juga untuk hubungan jangka panjang antara negara Yahudi dengan dermawannya yang paling berkuasa, Amerika.

Pandangan berbelah bagi tentang konflik dalam kalangan kumpulan pengundi tradisional Demokrat menunjukkan kesukaran berterusan yang dihadapi Encik Biden untuk menyatukan gabungan yang dibinanya pada tahun 2020.

Ini adalah cabaran yang berkemungkinan berterusan walaupun penunjuk ekonomi berkembang lebih positif dan masalah undang-undang melibatkan bakal lawannya, mantan Presiden Encik Donald J. Trump.

Secara keseluruhannya, pengundi berdaftar berkata mereka memihak kepada Encik Trump berbanding Encik Biden dalam pilihan raya presiden tahun depan dengan dua peratusan mata, 46 peratus hingga 44 peratus.

Kebimbangan ekonomi kekal penting, dengan 34 peratus pengundi menyatakan isu ekonomi atau inflasi sebagai isu utama yang dihadapi negara. Ia turun daripada 45 peratus pada Oktober 2022.

Hampir tiga perempat daripada pengundi berusia antara 18 dengan 29 tahun tidak bersetuju dengan cara Encik Biden mengendalikan konflik di Gaza. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >