Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Pengundian di Sarawak digantung akibat cuaca

Beberapa pengundi di Baram, Sarawak terpaksa redah banjir untuk tunai tanggungjawab PRU15
Nov 20, 2022 | 07:48 AM



CUACA buruk menyebabkan proses mengundi di 11 pusat pengundian di Parlimen Baram, di Kuching, digantung semalam.



Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh, dalam kenyataan semalam berkata keputusan itu dibuat berikutan cuaca buruk menyebabkan petugas tidak dapat tiba ke tempat bertugas sama ada melalui laluan udara, darat dan air.



Justeru, katanya, tarikh baru pengundian bagi Pusat Mengundi dan Tempat Mengundi (Saluran) akan dimaklumkan kelak selepas keadaan selamat untuk petugas dan pengundi tiba ke pusat mengundi bagi menjalankan pengundian.



Pusat Mengundi dan Tempat Mengundi (Saluran) yang terbabit adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Long Naah (saluran 1 dan 2), SK Long Luteng (Saluran 2), Rumah Panjang TK Matthew Belulok Lalo Kampung Lepo Gah (Saluran 1 dan 2), SK Long Sait (Saluran 2) dan SK Long Tungan (Saluran 1 dan 2).



Turut digantung, SK Long Moh (Saluran 1 dan 2), SK Long Mekabar (Saluran 1), SK Long Jekitan (Saluran 1 dan 2), SK Long Lamei (Saluran 2), SK Lio Mato (Saluran 1 dan 2) serta SK Long Banga (Saluran 1 dan 2).



Sebelum ini dilaporkan penduduk di pedalaman utara Sarawak tetap menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi walaupun banjir melanda kampung mereka.



Sementara itu di Tenom, Sabah, pasukan bomba terpaksa menjalankan operasi membawa pengundi ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Rancangan Belia Sook selepas jalan ke lokasi berkenaan ditenggelami air.



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), berkata laluan utama berkenaan dinaiki air sehingga ke paras pinggang.



Katanya, sepasukan 11 anggota dan pegawai bersama dua lori, pacuan empat roda dan bot terus dikerah ke lokasi kejadian.



"Pasukan Bomba terus bertindak membantu mengambil pengundi dari Simpang Rancangan Belia dan dihantar ke Pusat Pengundian menggunakan lori bomba.



"Kerja-kerja mengambil dan menghantar pengundi yang dianggarkan seramai 40 orang itu masih dijalankan sehingga kini," katanya dalam kenyataan media, semalam.



Sementara itu di Bangi, Selangor, perasaan tertekan menyelubungi beberapa penduduk Kampung Bangi yang menjadi mangsa banjir, namun pada masa sama, tetap keluar mengundi demi melaksanakan tanggungjawab kepada negara.



Seorang penduduk Kampung Bangi yang juga suri rumah, Cik Juriah Mohd Desah, 60 tahun, berkata beliau dan suami keluar awal pagi untuk segera menjalankan tanggungjawab mengundi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Sekolah Kebangsaan Bangi, lapor Utusan Online.



"Bayangkan bangun pagi melihat keadaan rumah dengan pelbagai kelengkapan rosak dan ada yang perlu dicuci, malah dalam masa sama hujan tetapi kami perlu pergi mengundi bagi menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.



"Tahun ini sahaja, sudah beberapa kali rumah kami dilanda banjir dan baru-baru ini, rumah ditenggelami sehingga paras peha.



"Kami tinggal di sini sejak 2013 dan banyak kali banjir berlaku dan paling teruk, Disember tahun lalu apabila banjir sehingga paras bumbung," katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Bangi.



Cik Juriah berkata beliau berharap sangat calon yang menang dapat menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin masyarakat.



"Kami penduduk di sini mahu masalah banjir ini diatasi kerana sudah tidak sanggup berdepan kerugian dan penat membersihkan rumah," katanya.



Seorang lagi penduduk yang juga bapa tunggal dua anak, Encik Zulhamdizam Ramli, 47 tahun, berkata perasaan untuk mengundi berbelah bagi kerana baru menjadi mangsa banjir, di samping memikirkan keadaan rumah yang kotor dan hari hujan.



"Namun memikirkan PRU15 adalah peluang untuk mendapatkan kerajaan yang kukuh, maka saya bersemangat untuk pergi mengundi walaupun hujan.



"Apabila sudah ada kerajaan, kami yang juga mangsa banjir ada tempat untuk rujuk bagi mendapatkan bantuan sekali gus mereka yang menang perlu membantu kami dengan mencari penyelesaian mengatasi isu banjir," katanya.



Terdahulu, tinjauan mendapati rata-rata penduduk yang selesai mengundi kembali mengemas dan mencuci rumah termasuk kelengkapan rumah mereka yang kotor kerana kesan lumpur akibat banjir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >