Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penjenayah dikehendaki di Jepun ditemui selepas 50 tahun bersembunyi

Jan 30, 2024 | 2:49 PM
Sekeping foto lelaki bernama Satoshi Kirishima sedang tersenyum dipaparkan pada poster orang dikehendaki di luar balai polis di seluruh Jepun. Selepas 50 tahun, pihak berkuasa yakin mereka telah menemui individu yang dicari selama ini.
Sekeping foto lelaki bernama Satoshi Kirishima sedang tersenyum dipaparkan pada poster orang dikehendaki di luar balai polis di seluruh Jepun. Selepas 50 tahun, pihak berkuasa yakin mereka telah menemui individu yang dicari selama ini. - Foto EPA-EFE

TOKYO: Gambar hitam putih seorang banduan pelarian paling dikehendaki di Jepun, Satoshi Kirishima, sejak sekian lama dipaparkan di balai polis di seluruh negara itu.

Foto terbabit memperlihatkan beliau berambut panjang, mengenakan cermin mata tebal sedikit condong dan turut mengukir senyuman.

Namun, selepas hampir 50 tahun, pemuda terbabit yang dikehendaki kerana dikaitkan dengan pengeboman berdarah oleh pelampau berhaluan kiri pada 1970-an, dilaporkan meninggal dunia pada 29 Januari, beberapa hari selepas media tempatan mendedahkan beliau telah ditahan.

Minggu lalu, media Jepun melaporkan lelaki berusia 70 tahun itu mendedahkan identitinya selepas dia dimasukkan ke hospital dengan nama palsu untuk rawatan barah.

Polis masih bergelut untuk menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) apabila lelaki yang dipercayai Kirishima itu meninggal dunia.

Kirishima adalah anggota Barisan Bersenjata Anti-Jepun Asia Timur, satu organisasi radikal berhaluan kiri yang dipercayai bertanggungjawab dalam beberapa siri pengeboman maut pada 1970-an.

Lapan orang terbunuh dalam satu serangan yang dilakukan oleh kumpulan itu di ibu pejabat Mitsubishi Heavy Industries pada tahun 1974.

Dia juga didakwa membantu dalam kejadian letupan yang memusnahkan sebahagian bangunan di daerah Ginza Tokyo dalam satu serangan tertentu pada 18 April 1975.

Butiran sedang diperincikan mengenai cara Kirishima mungkin bersembunyi selama beberapa dekad. -– Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg