Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penjual bersumpah tidak dipaksa jual banglo kepada KM Pulau Pinang

Mar 23, 2016 | 11:18 AM



GEORGETOWN: Seorang wanita yang menjual rumahnya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Encik Lim Guan Eng, tahun lalu mengeluarkan kenyataan bersumpah pada Selasa (22 Mac) bagi mempertahan keputusannya itu.



Penjualan banglo itu menjadi kontroversi selepas harganya sebanyak RM2.8 bilion ($952,000) disifatkan di bawah nilai pasaran.



Cik Phang Li Koon berkata dalam satu kenyataan bersumpah bahawa harga itu dipersetujui oleh beliau dan Encik Lim pada 2014, dan rumah tersebut dijual tahun lalu.



Encik Lim dan keluarganya menyewa banglo dua tingkat seluas 10,000 kaki persegi di Jalan Pinhorn itu sejak 2009, lapor media Malaysia pada Selasa.



Penjualan itu menjadi isu politik panas minggu lalu selepas Anggota Parlimen Umno, Datuk Shabudin Yahya, berkata di Parlimen bahawa Encik Lim membeli rumah tersebut di bawah nilai pasaran kira-kira RM6 juta.



Beliau mendakwa Cik Phang mempunyai kepentingan dalam sebidang tanah di Taman Manggis yang kemudiannya dibeli daripada kerajaan Pulau Pinang pada harga rendah.



"Saya menegaskan bahawa saya tidak didesak atau dipaksa atau di bawah apa-apa pengaruh oleh CM (Ketua Menteri) atau mana-mana pihak supya menjual rumah itu kepada CM pada harga RM2.8 juta. Saya menjual atas kehendak saya sendiri berdasarkan penjual sanggup, pembeli sanggup," kata Cik Phang dalam kenyataan yang dibacakan kepada pemberita oleh anggota Exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Encik Phee Boon Poh.



Beliau menafikan ada sebarang kaitan dengan isu tanah Taman Manggis, dan berkata beliau bukan pengarah mahupu atau pemegang saham Kuala Lumpur International Dental Centre, yang memenangi bidaan bagi tanah itu pada 2012 melalui tender terbuka, lapor Malaysiakini.



Cik Phang berkata: "CM dan keluarganya penyewa sangat baik selama enam tahun lepas Bagi saya, beliau seorang pemimpin yang dihormati dan saya berasa bangga menjual hartanah saya kepadanya."



Badan Pencegah Rasuah Malaysia berkata ia sedang mengkaji isu itu selepas beberapa laporan polis dibuat terhadap Encik Lim, yang menegaskan tiada apa yang hendak disembunyikannya.



Encik Lim, setiausaha agung pembangkang Parti Tindakan Demokratik (DAP), membawa pemberita melawat rumahnya Sabtu lalu.



Sementara itu, peguam aktivis S. Ambiga berkata pada Selasa bahawa Encik Lim mungkin harus menimbangkan mengambil cuti daripada jawatan sedang pihak berkuasa menyiasat isu tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >