Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Pentadbiran Biden tarik balik pencalonan duta AS ke S'pura

Feb 06, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Pentadbiran Joe Biden telah menarik balik pencalonan duta Amerika Syarikat ke Singapura yang dibuat mantan Presiden Donald Trump.



Ini bermakna jawatan itu terus kosong dan boleh diisi seorang diplomat atau pegawai yang dilantik Presiden Joe Biden mengikut pilihannya.



Langkah menarik balik pencalonan peniaga Cik Barbera Hale Thornhill sebagai calon duta Amerika ke Singapura diumumkan menerusi satu kenyataan Rumah Putih kelmarin.



Encik Trump telah mencalonkan Cik Thornhill, yang juga presiden syarikat rekaan dalaman di Los Angeles, bagi jawatan itu pada September 2019.



Ketika itu, Rumah Putih menarik perhatian pengalamannya dalam bidang perniagaan serta kerja amal yang dilakukannya, yang tertumpu kepada kanak-kanak yang terjejas akibat kemiskinan, penderaan dan pengabaian.



Cik Thornhill dicalonkan semula pada 6 Januari lalu selepas proses pengesahan, yang melibatkan pemeriksaan dan perbicaraan Senat tergendala, menurut akhbar The Straits Times.



Peranan duta Amerika ke Singapura tidak diisi sejak Januari 2017, apabila duta sebelum ini, Encik Kirk Wagar, meninggalkan jawatan itu selepas Encik Trump mengangkat sumpah sebagai presiden.



Encik Wagar, yang dilantik mantan presiden Barack Obama ketika itu, merupakan pengerusi kewangan bagi kempen pilihan raya Encik Obama di Florida pada 2008 dan 2012.



Encik Rafik Mansour memainkan peranan sebagai Charge d'Affaires di kedutaan Amerika di Singapura sejak Julai 2019, apabila beliau menggantikan Cik Stephanie Syptak-Ramnath.



Sebelum pencalonan Cik Thornhill, Encik Trump mencalonkan mantan timbalan penasihat keselamatan nasional Cik K.T. McFarland sebagai duta Amerika ke Singapura pada Mei 2017.



Namun, Cik McFarland menarik pencalonannya pada Februari 2018 selepas senator mempersoal peranannya dalam siasatan berhubung campur tangan Russia dalam pilihan raya Amerika.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >