Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pentagon: Serangan AS hambat program nuklear Iran sehingga dua tahun

Jul 3, 2025 | 12:56 PM
Fordow, Iran
Imej satelit Maxar menunjukkan tapak kompleks nuklear Fordow bawah tanah Iran, selepas ia terkena serangan bom Amerika Syarikat pada 22 Jun 2025. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Pentagon berkata pada 2 Julai bahawa serangan Amerika Syarikat pada 10 hari telah menghambat program nuklear Iran sehingga dua tahun.

Ia memberi gambaran pengeboman itu mungkin mencapai matlamatnya di sebalik penilaian awal yang jauh lebih berhati-hati.

Jurucakap Pentagon, Encik Sean Parnell, menyatakan demikian kepada media, sambil menambah bahawa anggaran rasmi “hambatan itu mungkin lebih dekat kepada dua tahun”.

Beliau tidak memberikan bukti untuk menyokong penilaiannya.

“Kami telah menghambat program mereka selama satu hingga dua tahun, berdasarkan risikan Jabatan Pertahanan,” ujarnya.

Pengebom tentera Amerika pada 22 Jun, menggunakan lebih sedozen bom peledak kubu bawah tanah seberat 13,600 kilogram dan lebih daripada dua dozen peluru berpandu Tomahawk.

Perisikan Amerika tentang kesan serangan itu sedang diawasi dengan teliti, selepas Presiden Amerika, Encik Donald Trump, mendakwa program Iran telah dihapuskan sejurus pengeboman itu berlaku.

Kesimpulan sedemikian kerap mengambil masa beberapa minggu atau lebih untuk perisikan Amerika menentukannya.

“Semua perisikan yang kami lihat menyebabkan kami percaya bahawa Iran – terutama kemudahan nuklearnya, telah dilenyapkan sepenuhnya,” ujar Encik Parnell.

Awal sebelum ini, ketua badan pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Encik Rafael Grossi, berkata Iran boleh menghasilkan uranium diperkaya dalam beberapa bulan, menimbulkan keraguan tentang keberkesanan serangan Amerika untuk memusnahkan program nuklear Teheran.

Beberapa pakar turut memberi amaran Iran berkemungkinan memindahkan simpanan senjata uranium yang telah diperkaya, keluar dari tapak Fordow di bawah tanah yang dalam sebelum serangan berlaku dan telah menyembunyikannya.

Tetapi Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Pete Hegseth, berkata minggu lalu bahawa beliau tidak mengetahui perisikan yang mencadangkan Iran telah memindahkan uraniumnya yang sangat diperkaya untuk melindunginya daripada serangan Amerika.

Penilaian Agensi Perisikan Pertahanan mencadangkan bahawa serangan itu mungkin hanya menghalang program nuklear Iran buat tempoh hanya beberapa bulan.

Tetapi pegawai pentadbiran Encik Trump berkata bahawa penilaian itu berdasarkan keyakinan yang rendah dan telah diatasi oleh risikan yang menunjukkan program nuklear Iran rosak teruk.

Menteri Luar Iran, Encik Abbas Araqchi, dalam wawancara yang disiarkan oleh CBS News pada 1 Julai, berkata:

“Tiada siapa yang tahu secara tepat apakah yang sebenarnya berlaku di Fordow. Apa yang kita ketahui setakat ini ialah kemudahan itu telah rosak teruk dan musnah.” – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg