Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penternak, pembekal punca sebenar bekalan ayam kurang di M'sia?

Jun 08, 2022 | 05:30 AM



HARGA ayam menjadi isu panas sejak akhir-akhir ini. Tidak pernah terlintas dalam fikiran soal ayam menjadi punca pelbagai kerumitan dan masalah.



Ini berikutan tindakan Malaysia menghentikan eksport 3.6 juta ayam segar sebulan ke Singapura mulai bulan ini.



Bekalan ayam segar Singapura dikatakan tidak dapat bertahan lebih daripada seminggu. Namun, pemerintah Singapura telah menekankan Kota Singa itu mempunyai bekalan ayam beku mencukupi, sedang ia mempelbagai lagi sumber bekalan ayamnya.



Matlamat utama kerajaan Malaysia menghentikan eksport ayam ialah memantapkan harga dalam negeri yang naik mendadak kira-kira RM2 sekilogram sejak dua bulan lalu.



Alasan rasmi yang diberi pembekal dan pengedar ayam tempatan ialah harga dedak dan makanan ayam yang diimport semakin tinggi akibat perang Ukraine.



Walaupun menerima subsidi kerajaan lebih RM700 juta ($220 juta) setahun, penternak ayam mendakwa ia tidak mencukupi untuk mengekalkan harga ayam dijual RM8.90 sekilogram. Tetapi kunjungan saya ke pasar dan perbualan bersama beberapa penjual ayam memberi gambaran berbeza.



Seminggu setelah pengumuman larangan eksport itu, suasana kelihatan kembali normal.



Tidak kelihatan pembeli panik berasak-asak atau kekurangan bekalan mahupun harga melambung. Di sebuah pasar raya besar, papan tanda jelas menunjukkan ayam dijual pada harga RM8.90, yang dibenarkan kerajaan.



"Boleh tak saya beli tiga ekor?" tanya saya. "Abang nak beli 10 ekor pun boleh," kata penjual ayam sambil ketawa.



"Eh saya ingat dua minggu lalu satu keluarga boleh beli dua ekor saja," tanya saya.



"Sekarang dah banyak supply bang,'' katanya.



Ini membuat saya tertanya-tanya: Apa masalah sebenarnya?



"Ini semua kerja orang tengah, bang. Dia orang yang kawal harga. Turun naik pasal masa nak Raya permintaan terlalu tinggi," kata Encik Sazali Sulaiman.



Sambutan Hari Raya tahun ini memang luar biasa meriah setelah dua tahun malap dan terkawal akibat Covid-19. Tidak hairanlah kerana permintaan tinggi, harga semua keperluan makanan meningkat, termasuk daging ayam.



Ini prinsip berniaga: permintaan tinggi menyebabkan bekalan kurang hingga harga meningkat. Tetapi pembekal dan penternak ayam tidak boleh berbuat demikian kerana harga terkawal yang harus mereka patuhi.



"Ramai orang buat open house. Dua minggu lepas Raya saya terpaksa tutup kedai sebab tak dapat bekalan ayam langsung. Tak kisahlah pasal harga sebab orang tetap akan beli. Tapi dia kasi alasan cuaca panas buat ayam sakit tak nak makan. Saiz kecik sangat. Dah tu harga dedak mahal sebab perang. Tak masuk akallah," rungut Salihin.



Ramai pembekal dan penternak ayam merungut mengalami kerugian besar sebab penjualan ayam ke Singapura membawa keuntungan lumayan.



"Penternak ayam memerlukan pendapatan eksport ayam ke luar negara kerana perlukan modal untuk menampung kos perniagaan yang semakin tinggi. Jika tidak dibenarkan, ia mungkin memburukkan lagi masalah bekalan," kata Professor Dr Mohd Nazari Ismail daripada fakulti perniagaan dan ekonomi Universiti Malaya



Ketua Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran (CME), Dr Carmelo Ferlito, berpendapat cara paling berkesan memantapkan harga ayam ialah dengan dijual mengikut permintaan semasa pasaran.



Bagaimanapun, ramai setuju bahawa jelas kenaikan harga berpunca daripada tindakan pembekal dan penternak ayam yang mengambil kesempatan apabila permintaan meningkat.



Malah ada syarikat besar enggan memohon subsidi yang disediakan demi memaksa kerajaan membenarkan harga ayam dijual mengikut permintaan pasaran.



Langkah menghentikan eksport ayam, memudahkan permohonan subsidi dan membolehkan import ayam beku tanpa lesen khas dijangka dapat memantapkan harga dan bekalan.



Oleh itu, besar kemungkinan larangan eksport ayam ke Singapura tidak akan berpanjangan.



Penulis mantan wartawan Berita Harian yang kini menetap di Kuala Lumpur. Beliau penulis tamu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >