Topic followed successfully
Go to BHkuPenumpang bertindih selepas tren dirempuh dari belakang di Bekasi
Penumpang bertindih selepas tren dirempuh dari belakang di Bekasi
Apr 28, 2026 | 3:10 PM
Penumpang bertindih selepas tren dirempuh dari belakang di Bekasi
BEKASI: Tren komuter yang sedang berhenti untuk menurunkan penumpang tiba-tiba dirempuh dari belakang oleh tren jarak jauh, mencetuskan dentuman kuat yang menggegarkan Stesen Bekasi Timur dan menyebabkan penumpang bertindih sesama sendiri dalam gerabak khas wanita.
Dalam sekelip mata, suasana bertukar menjadi kacau-bilau apabila lokomotif tren Argo Bromo Anggrek merempuh gerabak terakhir, menghancurkan struktur dalaman dan memerangkap penumpang di celah besi serta tempat duduk. Sekurang-kurangnya 14 maut dan 84 lagi cedera selepas dua kereta api bertembung malam tadi di luar ibu negara Indonesia, Jakarta.
Laporan berkaitan
Kereta api berlanggar di Jawa Barat, 3 maut, 28 cedera Jan 5, 2024 | 3:22 PM
Nahas kereta api, bas
di Jawa Timur ragut 11 nyawaNov 20, 2023 | 2:01 PM

