Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

David Foster satukan jiwa seni penghibur terbaik

Siti Nurhaliza dapat sorakan paling gemuruh dalam konsert jelajah Asia komposer terbilang
Aug 11, 2023 | 05:30 AM



Tirai 2023 belum lagi dilabuhkan dan masih banyak lagi konsert untuk disaksikan hingga penghujung tahun ini.

Sungguhpun begitu, ramai yang menghabiskan masa mereka di Teater The Star yang bertempat di Buona Vista pada malam sebelum Hari Kebangsaan, Selasa lalu, menganggap konsert jelajah Asia, The Hitman David Foster And Friends Asia Tour, yang dibawakan Midas Promotions, adalah konsert terbaik tahun ini yang pernah mereka saksikan.


Sebabnya, komposer David Foster sungguh bersahaja dalam gurau senda dan interaksinya dengan lebih 3,000 penonton yang menyaksikan sajian lagu ‘hit’ ciptaannya yang didendangkan bintang tersohor dunia dan rantau ini. Tidak wujud garisan pemisah antaranya sebagai bintang dan penonton pelbagai kaum yang menyaksikan persembahan itu.

The Hitman David Foster And Friends betul-betul terasa seperti perhimpunan keluarga besar dan teman-teman yang hanya ingin bersantai dan bersuka-ria walau berbeza kaum, latar belakang dan warna kulit mereka.


Perkara kedua yang membuatkan penulis sendiri terhibur adalah kehadiran penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, buat julung-julung kalinya dalam konsert jelajah Foster.

Siti memartabatkan bahasa dan lagu Melayu dalam konsert antarabangsa berskala besar dua hari berturut-turut iaitu di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, disusuli dengan Teater The Star.

Siti bertutur dalam bahasa Melayu di Singapura sehingga Foster bertanya: “Fahamkah orang Singapura bahasa Melayu? Saya tidak faham tetapi melihat reaksi penonton, mereka tahu dan nampak suka...”

Ini disusuli dengan Siti menjawab seraya tersenyum: “Ya, pastinya mereka faham.”

Penyanyi asal Kuala Lipis, Pahang, itu bahkan mendapat sorakan dan tepukan paling gemurah penonton yang begitu teruja melihatnya mendendangkan lagu versi Celine Dion, The Power of Love, seakan tiada masalah apa-apa apabila perlu melontarkan suara pada nada tinggi.


Suaranya jelas dan merdu walaupun Siti dalam wawancara awal bersama saya, menyatakan suaranya tidak begitu sihat sejak dilanda Covid-19.

Lagu yang dihasilkan pada 1984 ini merupakan ciptaan dan dendangan asal Jennifer Rush.

Selain Dion, duo lagu balada Air Supply dan penyanyi Laura Branigan turut merakamkannya.

Siti kemudian melahirkan rasa teruja kerana Foster pula mengiringinya dalam dendangan lagu Melayu ciptaan Aubrey Suwito, Sehebat Mentari, yang dimuatkan dalam album terkininya, Sitism.


Beliaulah yang ‘sehebat mentari’, sentiasa menyinari hidup pendengar dengan vokal bak buluh perindu.

Apabila dicabar mendendangkan lagu Toni Braxton, Un-break My Heart, dalam segmen di mana Foster melontar cabaran buat setiap penyanyi di pentas itu, Siti mampu menyanyikannya dengan baik walaupun dalam hantaran Instagram, Siti akur cukup gementar berdiri di sisi Foster dan bintang lain yang bukan calang-calang.


Beliau berharap ini bukan kali pertama dan terakhir beliau dapat menyanyi dalam konsert jelajah The Hitman David Foster And Friends.


Dalam konsert ini, Foster, 73 tahun, banyak berkongsi kisah peribadinya merentas kehidupan sebagai anak seni. Bersamanya adalah isterinya, Katharine McPhee, 39 tahun, naib juara American Idol, yang mempunyai suara emas dan humor setara dengan Foster.

Beliau menyanyikan lagu The Prayer bersama Michael Bolton, lagu asal Celine Dion dan Andrea Bocelli serta berpadu suara dengan Peabo Bryson bagi lagu Beauty and the Beast. Dapat dilihat betapa Foster mementingkan kesempurnaan persembahan. Beliau meminta McPhee berhenti menyanyi kerana mengesan mikrofonnya tidak jelas. .


Loren Allred, 33 tahun, bakat yang dipertemukan penerbit dan penyanyi terkenal Ne-Yo, mendendangkan lagu yang menjulang tinggi namanya sehingga diiktiraf sebagai lagu berstatus platinum, Never Enough. Lagu ini adalah runut bunyi filem muzikal The Greatest Showman.


Beliau kemudian berpadu suara dengan Bryson, 72 tahun, bagi runut bunyi (OST) animasi Aladdin, A Whole New World. Bryson yang memang ikonik selaku penyanyi OST Disney juga menyentuh perasaan dengan lagu dalam carta 1984, If Ever You’re In My Arms.


Pastinya ramai juga rindukan kehadiran Bolton, 70 tahun, yang memiliki suara serak-serak basah yang ada teman nyatakan bak ada segumpal pasir dalam tekaknya. Suaranya masih merdu ketika menyanyikan lagu hit When A Man Loves A Woman, Said I Loved You...But I Lied dan How Am I Supposed To Live Without You meskipun pergerakannya terbatas kerana diberitakan tidak begitu sihat setahun dua yang lalu.


Walau apa pun, The Hitman David Foster And Friends merupakan konsert dengan banyak perkongsian cerita inspirasi, lawak senda dan kejutan untuk peminat sepanjang dua jam. Tidak ada yang membosankan malahan kali ini, beliau memberi ruang buat penonton seperti Lance Busa, penyanyi dari Filipina, menyanyikan lagu Al Jarreau ciptaan Foster, Mornin’ , secara santai dan yakin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >