Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Album ‘Sitism’, konsert dengan David Foster rezeki bernilai

Aug 06, 2023 | 05:30 AM



Tidak dapat dinafikan menghasilkan album mini terkininya, Sitism yang memuatkan lapan lagu bukan sesuatu yang mudah apabila suaranya tidak sihat dek virus Covid-19.


Datuk Seri Siti Nurhaliza hanya mampu bersyukur apabila album tersebut mendapat sambutan luar biasa daripada peminat yang memuji akan mutu karya yang disajikan.

Sitism dimuatkan dengan lagu Menyapa Dunia, Tanpa Diri-Mu, Sehebat Matahari, Ganti, Romansa Kita, Teratas, Magis dan Menjaga Cintamu (runut bunyi Anwar: The Untold Story).


Melly Goeslaw, Luca Sickta, Aubrey Suwito, Rozi Sangdewi, Amir Hasan, Mingaling, Nuha Nik, Sharon Paul, Fedtri Yahya, Rudy Nastia, Tomok, Sekar Ayu Asmara. Andi Rianto, Aden King, Jova Devito dan Mas Dewangga, adalah karyawan muzik yang terlibat dalam pembikinan lagu dalam album ini.

Kata Siti:

“Saya gembira dapat keluarkan album mini ini sebelum album dengan lebih banyak lagu dikeluarkan pada Ogos. Akhirnya, terbit juga album ini dalam keadaan saya risau sebab kesihatan suara saya yang menjejas nyanyian.

“Saya telah buat semampu yang saya boleh. Alhamdulilah, dah tular pun lagu dalam album mini ini dan menduduki carta teratas. Saya yakin dan positif album penuh nanti akan menjadi hadiah buat lebih ramai orang.

“Kami pun akan menjual cakera padat fizikal album ini bagi mereka yang membuat tempahan awal.”

Pada masa yang sama, Siti juga bersyukur dan bertuah dapat berkongsi pentas dengan komposer terbilang dengan jolokon ‘The Hitman’, David Foster, dan penyanyi lain seperti Michael Bolton, untuk konsert jelajah Hitman David Foster & Friends Asia Tour di The Star Theatre pada 8 Ogos.


Konsert ini akan juga dipentaskan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

“Siapa tak rasa bertuah dapat kongsi pentas dengan penggubah lagu terhebat dunia, David Foster? Saya rasa semua penyanyi impikan peluang keemasan itu. Saya akan cuba yang terbaik dalam menyampaikan satu lagu ciptaan David dan satu pula lagu saya sendiri dalam album Sitism. Lagu ciptaan David pula adalah dendangan idola saya. Kena datang baru tahu!” katanya. – HARYANI ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >