Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penumpang jadi ‘hero’ tahan siling kabin pesawat runtuh

Apr 23, 2025 | 4:05 PM
Delta Airlines, cabin, pesawat, siling, flight, passenger, penumpang
Penumpang Delta Air Lines berdepan detik mendebarkan apabila mereka terpaksa menahan siling kabin yang runtuh secara tiba-tiba, dalam penerbangan dari Atlanta ke Chicago pada 14 April. - Foto YAHOO

CHICAGO: Penumpang Delta Air Lines berdepan detik mendebarkan apabila mereka terpaksa menahan siling kabin yang runtuh secara tiba-tiba.

Kejadian itu berlaku ketika penerbangan dari Atlanta ke Chicago pada 14 April.

Menurut laporan media, pesawat itu sedang berada pada ketinggian kira-kira 9,100 meter di udara sewaktu siling itu tercabut dan memaksa sekumpulan lelaki memegang panel tersebut.

Kru penerbangan kemudiannya menggunakan pita pelekat pada bahagian tersebut bagi melekatkannya buat sementara waktu.

Jurucakap Delta Air Lines turut mengucapkan terima kasih atas kerjasama mereka dan menawarkan pampasan berjumlah AS$100 ($131.24) selepas penumpang terpaksa menunggu selama beberapa jam untuk menaiki pesawat ganti ke destinasi.

Susulan video yang menjadi tular, beberapa pengguna menzahirkan kebimbangan terhadap keselamatan penumpang, namun sebahagian mendakwa panel tersebut tidak menjejaskan keselamatan pesawat.

Ia bukanlah kali pertama masalah berlaku melibatkan Delta.

Pada Februari 2025, sebuah pesawat syarikat penerbangan itu mendarat dalam keadaan terbalik di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Toronto Pearson di Toronto, Canada, namun kesemua 80 penumpang dilaporkan selamat. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg