Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penunjuk perasaan di beberapa kota utama sokong Palestin

Oct 29, 2023 | 6:28 PM
TUNJUK PERASAAN: Ratusan ribu penunjuk perasaan berhimpun di kota utama London untuk menunjukkan sokongan kepada Palestin ketika tentera Israel meluaskan serangan udara dan darat di Semenanjung Gaza.
TUNJUK PERASAAN: Ratusan ribu penunjuk perasaan berhimpun di kota utama London untuk menunjukkan sokongan kepada Palestin ketika tentera Israel meluaskan serangan udara dan darat di Semenanjung Gaza. - Foto REUTERS

LONDON: Ratusan ribu penunjuk perasaan berhimpun di kota utama sekitar Eropah, Timur Tengah dan Asia pada Sabtu untuk menunjukkan sokongan kepada Palestin ketika tentera Israel meluaskan serangan udara dan darat di Semenanjung Gaza.

Dalam salah satu perarakan terbesar di London, rakaman udara menunjukkan orang ramai berarak melalui pusat ibu kota untuk menuntut agar kerajaan Perdana Menteri, Encik Rishi Sunak, menggesa gencatan senjata.

“Kuasa besar yang mengemudi segalanya tidak melakukan cukup pada masa ini. Inilah sebabnya kami di sini: ingin menyeru gencatan senjata, menyeru bagi hak Palestin, hak untuk wujud, untuk hidup, hak asasi manusia, semua hak kami,” kata penunjuk perasaan, Cik Camille Revuelta.

“Ini bukan tentang Hamas. Ini tentang melindungi nyawa rakyat Palestin,” tambahnya.

Menyuarakan pendirian Washington, kerajaan Encik Sunak telah berhenti meminta gencatan senjata, dan sebaliknya menganjurkan inisiatif kemanusiaan untuk membolehkan bantuan sampai kepada orang ramai di Gaza.

Britain menyokong hak Israel untuk mempertahankan diri selepas serangan kumpulan militan Hamas pada 7 Oktober yang menurut Israel membunuh 1,400 orang, kebanyakannya orang awam.

Angka kematian di Gaza meningkat kepada 7,650 orang, kebanyakannya juga orang awam, sejak pengeboman Israel bermula tiga minggu lalu, menurut laporan harian Kementerian Kesihatan Palestin yang dikeluarkan pada Sabtu. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg