Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penunjuk perasaan di universiti HK tidak berganjak

Nov 22, 2019 | 05:30 AM



HONG KONG: Para penunjuk perasaan tegar Hong Kong semalam mengekalkan kedudukan mereka di tapak sebuah universiti yang dikerumuni polis sedang Amerika Syarikat meluluskan satu Rang Undang-Undang yang memuji gerakan prodemokrasi di bandar tersebut.



Ini berkemungkinan menimbulkan ketegangan antara Washington dengan Beijing.



Beijing tidak memberikan respons secara langsung kepada kandungan Akta Hak Kemanusiaan dan Demokrasi Hong Kong, yang menyuarakan sokongan kuat terhadap aspirasi demokrasi oleh masyarakat Hong Kong.



Namun, China telah pun memberi ancaman sekiranya Rang Undang-Undang itu ditandatangi Presiden Donald Trump dan diluluskan.



Media negara itu telah memberi amaran bahawa perundangan tidak akan menghalang Beijing daripada mencampuri - secara paksa - bagi menghentikan kekecohan yang melanda hab kewangan itu.



"Sesetengah orang mungkin jangkakan bahawa ini langkah mengekang Beijing.



"Pemikiran sedemikian terlalu lurus," kata Global Times.



"Jika kita ambil Rang Undang-Undang Amerika Syarikat ini secara serius, Hong Kong akan alami masalah yang menjejas undang-undang dan terhapus daripada dunia moden," kata laman itu lagi.



Aras tanda Indeks saham jatuh 1.56 peratus semasa dagangan pagi berlangsung dan begitu juga dengan pasaran Asia lain yang turut menguncup di sebalik kebimbangan langkah Kongres merumitkan lagi usaha Amerika - China mencapai perjanjian dagangan antara kededua ekonomi terbesar dunia itu.



Terdapat penurunan yang ketara dalam kehadiran polis di Universiti Politeknik Hong Kong (PolyU), yang masuk hari kelima.



Pertempuran ganas antara polis dengan perusuh yang bersenjatakan anak panah dan bom botol telah menyebabkan kecederaan pada kededua pihak sejak beberapa hari lalu dan menyebabkan ratusan penghuni kampus melarikan diri, dengan kebanyakan mereka diberkas pantas oleh polis.



Mereka melibatkan dua perusuh yang ditahan kelmarin, sedang mereka cuba keluar daripada struktur pembetungan sekitar setengah kilometer di luar kampus.



Namun masih ada sekumpulan perusuh degil semalam, yang kekal di sebuah kantin dengan bekalan yang kian berkurangan. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >