Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Penyanyi Yasin diarah mahkamah bela diri atas tuduhan dadah

Oct 04, 2023 | 11:38 AM



PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen mengarahkan penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman, membela diri atas tiga tuduhan kes dadah.


Hakim Faiz Dziyauddin membuat keputusan berkenaan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie (ada bukti) di akhir kes mereka.

“Seramai tujuh saksi pendakwaan dipanggil untuk memberi keterangan dan mahkamah meneliti serta menimbangkan keterangan saksi terbabit secara maksimum.

“Mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie dan oleh itu, tertuduh dipanggil untuk membela diri bagi ketiga-tiga tuduhan,” katanya pada Selasa.

Muhammad Yasin kemudian diberi tiga pilihan iaitu memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi, memberi keterangan dari kandang tertuduh atau berdiam diri.

Penyanyi itu memilih untuk berdiam diri pada prosiding bela diri yang terus bermula pada hari sama, lapor Berita Harian Malaysia.


Sebelum mahkamah membuat keputusan itu, Muhammad Yasin ketika ditemui media sempat meminta untuk mendoakannya dan berterima kasih kepada mereka yang datang.

Pada 15 September 2022, Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, memaklumkan mahu menyelesaikan kes selepas selesai pemeriksaan semula terhadap pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya ketika itu, Inspektor Muhammad Amirul Mukmin Aziz.

Inspektor Muhammad Amirul antara tujuh saksi pendakwaan yang dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan bermula 28 Ogos lalu.

Muhammad Yasin, 48 tahun, didakwa memberikan dirinya dadah di pejabat narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada 11.05 malam, 24 Mac 2022.

Pendakwaan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 ($145.28) atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Penyanyi itu juga didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah di kediamannya di Damansara pada tarikh sama.

Tuduhan memiliki dadah mengikut Seksyen 6 ADB 1952 dan boleh dipenjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh disebat tidak kurang 10 kali jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan menanam pokok kanabis, pesalah boleh dipenjara seumur hidup serta tidak kurang enam sebatan jika sabit kesalahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >