Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penyiasat temui wang tunai Rp30b di rumah menteri Indonesia

Oct 04, 2023 | 12:45 PM



JAKARTA: Suruhanjaya Pembasmian Rasuah (KPK) Indonesia pada Jumaat telah menggeledah rumah Menteri Pertanian Encik Syahrul Yasin Limpo di Jakarta ketika beliau dalam perjalanan ke Eropah.


Sehingga Selasa, beliau dilaporkan masih belum pulang ke negara untuk membantu siasatan.

Timbalannya, Encik Harvick Hasnul Qolbi menyatakan Encik Syahrul masih berada di Sepanyol, namun tiada sebarang perhubungan diterima daripada menteri berkenaan.

“Dalam pada itu, kami masih cuba mencari menteri itu kerana kami tidak mendapat khabar berita daripadanya,’‘ kata Encik Harvick kepada pemberita di Istana Negara di Jakarta.

Menurut beliau lagi, Encik Syahrul ditemani beberapa kakitangan yang kini telah pulang ke Jakarta.

Encik Harvick menolak dakwaan bahawa Encik Syahrul mungkin cuba melarikan diri daripada siasatan rasuah yang sejauh ini belum mengenal pasti mana-mana suspek.

“Tiket penerbangan tidak ditempah pada hari yang sama, jadi kakitangannya tidak dapat pulang bersamanya. Namun menteri tetap akan kembali,” katanya sambil memberi jaminan.

Sebelum ke Sepanyol, Encik Syahrul dan kakitangannya telah melawat Rome.

Menurut KPK, para penyiasatnya menjumpai 12 senjata api dan wang kertas bernilai kira-kira Rp 30 bilion ($2.6 juta) di kediaman rasmi Encik Syahrul ketika digeledah pada Jumaat.

Suruhanjaya itu mendakwa Encik Syahrul disyaki terlibat dalam skandal rasuah berkaitan kenaikan pangkat para pegawai di Kementerian Pertanian dan penipuan projek melibatkan vendor swasta.

Namun, KPK tidak memberi butiran lanjut mengenai siasatan yang sedang giat dijalankan itu.

Encik Syahrul dikatakan kerap melancong ke luar negara sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Bekas gabenor Sulawesi Selatan itu terlepas daripada disoal siasat oleh KPK pada pertengahan Jun kerana mengadakan lawatan ke India.

Namun, beliau kemudian memenuhi saman untuk disoal siasat pada akhir bulan tersebut.

Pada masa itu, beliau memaklumkan rancangannya untuk pergi ke China dan Korea Selatan dalam usaha “meningkatkan kerjasama dalam pemodenan pertanian dan memudahkan pasaran eksport produk pertanian Indonesia.”

Ogos lalu, pendakwa raya KPK telah memfailkan dakwaan terhadap bekas pegawai tinggi cukai Rafael Alun Trisambodo, yang dituduh melakukan pengubahan wang haram sebanyak Rp94.5 bilion ($8.5 juta).

Rafael juga berdepan dakwaan menerima rasuah Rp16.6 bilion semasa memegang jawatan.

Dakwaan terhadapnya menggariskan secara spesifik bagaimana bekas pegawai cukai itu didakwa melakukan pencucian wang setara dengan Rp31.7 bilion antara 2003 dengan 2010, dan tambahan Rp62.8 bilion antara 2011 dengan 2023. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >