Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perancis arah pelajar pakai abaya ke sekolah agar pulang ke rumah

Sep 06, 2023 | 03:02 PM



PARIS: Sekolah di Perancis telah mengarahkan berpuluh-puluh pelajar perempuan pulang ke rumah kerana enggan menanggalkan abaya mereka pada hari pertama tahun persekolahan, kata seorang menteri pemerintah pada Selasa.


Hampir 300 pelajar perempuan muncul pada pagi Isnin dengan memakai abaya, kata Setiausaha Pendidikan Perancis, Encik Gabriel Attal, kepada stesen penyiar BFM.


Kebanyakan pelajar itu bersetuju menukar pakaian yang mereka kenakan, tetapi sekitar 67 daripada mereka tetap enggan dan diarahkan pulang, tambahnya.

Pada Ogos, pemerintah Perancis mengumumkan larangan mengenakan abaya di sekolah kerana ia melanggar peraturan sekularisme dalam pendidikan.

Ia turut menyaksikan tudung wanita Muslim dilarang atas alasan ia merupakan paparan pegangan agama.

Tindakan itu menggembirakan kumpulan politik kanan tetapi kumpulan berhaluan kiri berhujah keras bahawa peraturan itu merupakan satu penghinaan terhadap kebebasan awam.

Encik Abdallah Zekri, naib presiden Persatuan Penganut Islam Perancis, berkata abaya “tidak pernah menjadi simbol agama” dan tidak sepatutnya dilarang.

Menurutnya, larangan itu adalah satu lagi contoh ahli politik menggunakan pakaian yang disukai segolongan wanita dan gadis, untuk menyerang sekitar lima juta orang Islam yang tinggal di Perancis.

“Saya rasa menteri boleh meminta pendapat pemimpin agama. Bagi saya, abaya bukanlah pakaian keagamaan, ia adalah satu bentuk fesyen.

“Jika anda pergi ke beberapa kedai, anda akan menemui abaya. Ia adalah pakaian yang panjang dan pada masa yang sama longgar. Ia tiada kaitan dengan agama,” jelas Encik Zerkri.

Kumpulan Bertindak bagi Hak Muslim (ADM) telah memfailkan permohonan kepada Majlis Negara, mahkamah tertinggi Perancis, untuk mendapatkan injunksi terhadap larangan abaya dan gamis, pakaian yang setara dengannya buat golongan lelaki.

Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, pada Isnin mempertahankan langkah kontroversi itu dengan menyatakan terdapat “minoriti” di Perancis yang “merampas agama, mencabar republik dan sekularisme” – sesuatu yang mengundang padah.

Undang-undang yang diperkenalkan pada Mac 2004 melarang “pemakaian atau pakaian yang menunjukkan pertalian agama” di sekolah.

Ini termasuk salib Kristian yang besar, ‘kippah’ (kopiah) Yahudi dan tudung Islam. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >