Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Perancis saran Hezbollah berundur, runding gencatan senjata Israel-Lebanon

Feb 13, 2024 | 03:31 PM



BEIRUT/PARIS: Perancis telah menyampaikan cadangan bertulis kepada Beirut agar menamatkan permusuhan dengan Israel dan menyelesaikan pertikaian sempadan Lebanon-Israel, menurut dokumen yang juga menggesa pejuang termasuk unit elit Hezbollah berundur 10 kilometer dari sempadan.


Permusuhan mereka telah berjalan selari dengan perang Gaza dan menyemarakkan kebimbangan tentang konfrontasi yang berlarutan.

Dokumen itu telah dihantar kepada pegawai tinggi Lebanon termasuk Perdana Menterinya, Encik Najib Mikati oleh Menteri Luar Perancis, Encik Stephane Sejourne, minggu lalu, kata empat pegawai kanan Lebanon dan tiga pegawai Perancis.

Ia menetapkan matlamat untuk mencegah konflik “yang berisiko merebak di luar kawalan” dan menguatkuasakan “gencatan senjata apabila keadaannya sesuai” dan akhirnya berunding mengenai persempadanan darat yang menjadi perbalahan antara Lebanon dengan Israel.

Hezbollah menolak secara rasmi soal merundingkan pengurangan peningkatan konflik sehingga perang di Gaza berakhir.

Walaupun usaha pengantaraan serupa oleh utusan Amerika Syarikat ke Timur Tengah, Encik Amos Hochstein, telah diedarkan sebelum ini, namun butiran penuh cadangan bertulis Perancis itu belum pernah dilaporkan sebelum ini.

Pelan tiga langkah itu membayangkan proses pengurangan peningkatan konflik selama 10 hari dan berakhir dengan rundingan sempadan.

Satu sumber diplomatik Perancis berkata cadangan itu telah dikemukakan kepada pemerintah Israel, Lebanon dan Hezbollah.

Perancis mempunyai hubungan sejarah dengan Lebanon. Ia mempunyai 20,000 rakyat di negara itu dan sekitar 800 tentera sebagai sebahagian daripada pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Kami membuat cadangan. Kami berhubung dengan Amerika dan adalah penting untuk kami mengumpulkan semua daya usaha dan mewujudkan keamanan,” kata Encik Sejourne dalam sidang akhbar pada 12 Februari.

Pelan itu mencadangkan kumpulan bersenjata Lebanon dan tentera Israel menghentikan operasi ketenteraan terhadap satu sama lain, termasuk serangan udara Israel di Lebanon.

Kumpulan bersenjata Lebanon juga akan menarik keluar pasukan tempur – termasuk pejuang elit Radwan Hezbollah dan keupayaan tentera seperti sistem anti kereta kebal – sekurang-kurangnya 10 kilometer ke utara sempadan, dokumen itu mencadangkan.

Ini untuk memastikan pelancaran roket tidak sampai ke kampung-kampung di utara Israel, kata seorang diplomat.

Ditanya mengenai cadangan itu, ahli politik kanan Hezbollah, Encik Hassan Fadlallah, memberitahu Reuters bahawa kumpulan itu tidak akan membincangkan “apa-apa perkara yang berkaitan dengan keadaan di selatan sebelum pencerobohan di Gaza dihentikan”.


Seorang pegawai Israel berkata cadangan sedemikian telah diterima dan sedang dibincangkan oleh pemerintahnya.

Puluhan ribu orang telah meninggalkan rumah masing-masing di kedua-dua belah sempadan sejak pertempuran bermula pada 8 Oktober.

Serangan Israel telah membunuh hampir 200 orang di Lebanon, 170 daripadanya anggota Hezbollah.

Serangan Lebanon pula telah membunuh 10 tentera dan lima orang awam di Israel. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >