Perang Iran dorong Trump tangguh pertemuan dengan Xi sekitar sebulan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perang Iran dorong Trump tangguh pertemuan dengan Xi sekitar sebulan

Ia bentang risiko tingkat ketegangan antara Washington dengan Beijing
Mar 17, 2026 | 5:26 PM

Perang Iran dorong Trump tangguh pertemuan dengan Xi sekitar sebulan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
donald trump, perang iran
Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump (kiri), sebelum ini berkata bahawa beliau mungkin menangguhkan pertemuan dengan Presiden China, Encik Xi Jinping. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Encik Donald Trump berkata beliau akan cuba menangguhkan lawatan yang sangat dinanti-nantikan ke China pada awal April selama sekitar sebulan kerana perang Iran.

“Kami telah meminta agar pertemuan ditangguhkan selama sebulan atau lebih,” kata Encik Trump kepada pemberita di Rumah Putih pada 16 Mac.

Kedutaan China di Washington tidak segera memberi respons kepada permintaan untuk memberi komen.

Penangguhan yang diminta oleh Encik Trump dalam lawatannya yang dijadualkan pada 31 Mac hingga 2 April untuk bertemu Presiden China, Encik Xi Jinping, menggariskan bagaimana perang Iran telah mengubah agenda dasar luarnya.

Ia juga berisiko meningkatkan ketegangan antara Washington dengan Beijing, memandangkan krisis Timur Tengah telah menggabungkan perdagangan dan Taiwan antara spektrum isu yang memisahkan dua ekonomi terbesar dunia itu.

Dalam pada itu, Iran telah bertindak balas terhadap serangan bersama Amerika-Israel dengan mengancam untuk menembak kapal yang belayar melalui Selat Hormuz.

Encik Trump telah menyeru pelbagai negara, termasuk China, supaya membantu kapal melalui Selat Hormuz dengan selamat, tempat satu perlima daripada minyak dunia transit setiap hari.

Permintaan Encik Trump untuk mendapatkan bantuan setakat ini sebahagian besarnya telah ditolak.

China, yang mengimport sekitar 12 juta tong minyak sehari dalam dua bulan pertama 2026, tidak memberi respons langsung kepada permintaannya.

“Presiden berharap dapat melawat China. Tarikh-tarikh tersebut mungkin akan diubah. Sebagai panglima tertinggi, keutamaan nombor satu beliau sekarang adalah untuk memastikan kejayaan berterusan operasi Epic Fury. Jadi kami akan memaklumkan anda tentang tarikh-tarikh tersebut secepat mungkin,” kata jurucakap Rumah Putih, Cik Karoline Leavitt kepada pemberita.

Pada 15 Mac, Encik Trump memberitahu Financial Times bahawa beliau mungkin menangguhkan pertemuan itu jika China tidak membantu membuka sekatan Selat Hormuz.

Minyak mentah Iran terus mengalir melalui Selat Hormuz pada kadar yang hampir normal, menurut tinjauan Reuters terhadap data perkapalan, walaupun eksport keseluruhan dari Timur Tengah telah merudum lebih 60 peratus sejak perang bermula pada 28 Februari.

Kebanyakan eksport minyak Iran pergi ke China, menurut data Jabatan Tenaga Amerika.

Setiausaha Perbendaharaan Amerika, Encik Scott Bessent, berkata pada 16 Mac bahawa Encik Trump mungkin perlu menangguhkan perjalanan itu kerana menyelaras perang dan bukan kerana permintaan agar China membantu mengawal selat itu atau kerana sebarang perselisihan perdagangan.

Beijing belum menetapkan tarikh untuk lawatan Encik Trump dan biasanya tidak memperincikan jadual Encik Xi jauh lebih awal.

Pada 16 Mac, Encik Bessent berada di Paris untuk perbincangan dengan Naib Perdana Menteri China, Encik He Lifeng, yang bertujuan untuk meningkatkan perdagangan dan perjanjian lain apabila Encik Trump bertemu Encik Xi di Beijing kelak.

China menunjukkan keterbukaan terhadap potensi pembelian tambahan keluaran pertanian Amerika termasuk ayam, daging lembu dan tanaman bukan kacang soya, kata satu sumber.

Mereka juga membincangkan aliran mineral nadir bumi yang sebahagian besarnya dikawal oleh China dan pendekatan baru untuk mengurus perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara. – Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg